Selamat kembali.. kembali mempertahankan perjuanganmu.. kembali untuk meneruskan apa yang telah dirimu mulakan.. kembali meneruskan perjalananmu.. perjalanan yang semakin mencemaskan ku kira.. perjalanan yang semakin berliku walaupun destinasinya hampir tiba.. Selamat kembali Faridah!
Apapun yang terjadi di masa lalu, kini dan seterusnya..
Ku harap tabahlah wahai jiwa!
Catatan: hampir seminggu bersama semester baru-sem 6. Debar di hati usah dikata..
Alhamdulillah..masih lagi berkesempatan mencoretkan kata di laman yang lama kutinggalkan..rindu hendak mencoretkan sesuatu di laman ini setelah lama menyepi..
Sepanjang dua minggu ni OYM sibuk dengan final exam..final exam oh final exam, tamatlah riwayatmu hari ini tepat pukul 4 petang tadi..(untuk sem ni ye). Tetiba rasa seram pulak..seram dengan result yang bakal kutatapi..mintak-mintaklah ku tidak meratapinya..ada bezanya antara menatap dan meratap walaupun bunyinya hampir-hampir sama je..so? So, biarlah menatap daripada meratap (tak sanggup tau).
Seperti biasa, habis je final exam bermulalah cuti semester..(so apa lagi, jom balik rumah). Bila cerita bab balik rumah, rasa seram pun hilang kan. Tetiba pulak rasa dunia ini ana yang punya (astaghfirullah..lebih dah tu). Ingat..ingat..apa-apapun kena la bersederhana, tak kira la masa kita suka ke ataupun masa kita berduka. Sederhanalah dalam segalanya jangan sampai melampau batas..ok!
Konklusinya, dengan kepasrahan, hati ini belajar menerima kenyataan sebelum masanya..agar diri bersedia menghadapi apa pun jua hakikat yang bakal menyusul tiba.. Semoga segalanya baik-baik sahaja. insya-Allah..takkan lari gunung dikejar(erk? apakah?). Eh, maaf maaf silap..patutnya dimana ada kemahuan di situ ada jalan (hah yang ni baru betul). Selagi belum sampai waktunya(result keluar), selagi itu kita perlu berusaha dan jangan lupa doa dan tawakal. Pasrah.
Ok lah, tak rasa nak bercerita panjang sebab hati dah berbunga-bunga nak balik rumah kan kan..doakan OYM selamat tiba rumah ye. Insya-Allah kalau panjang umur jumpa lagi di lamanku ini..
Take care semua! Sekian, wassalam.
p/s: Maaf atas segala kekurangan atau kesilapan dalam entry ni..yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari insan yang tiada sempurnanya ini..wallahualam..
Di hadapan sekeping cermin yang menjadi bayangan Berdirinya seorang insan menatap wajah yang kedinginan
Sedingin embun yang membasahi bumi hijau di pagi hari
Jiwanya yang sukar mengerti dan sering jua disalah erti
Lalu ia menjauh dan pergi bukan kerana benci
Hanya berharap akan hadirnya sinar yang abadi..
Di saat cermin retak bersama kelukaan
Tersentak di pertengahan lamunan
Lenyap igauan yang menjadi impian
Terhakisnya kenangan yang menjadi ingatan
Biarkan ia berlalu melewati waktu
Segalanya pasti akan berakhir padaMu..
Mohonlah apa yang terbaik buat kita selain hanya memohon apa yang dikehendaki kerana apa yang dikehendaki belum tentu yang terbaik buat kita. Yakinlah kepadaNya yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Telah aku kuatkan hati menghadapinya sendirian kini
Sering aku berbisik bahawa setiap ujian yang datang daripada-Mu adalah tanda sayang pada hamba-Mu ini.. Sejauh mana kesabaran ini dalam menghadapinya itulah kata kunci..
Namun tidak ku sangka akhirnya titisan jernih jua yang mengalir lesu di pipi.. Menjadi bukti sesungguhnya aku seorang insan yang lemah mengharapkan belas kasihan-Mu ya Illahi..
Tidak pernah ku kesal atas apa yang menimpa
Malah ku terima dengan hati terbuka
Cuma ada ketikanya dugaan-Mu ini meruntun jiwa
Hingga aku tiada berdaya
*Benar sesungguhnya tiada daya bagiku melainkan dengan kekuatan yang dikurniakan-Mu
Ku yakin mampu menghadapinya dengan keizinan-Mu..Insya-Allah
-Di saat mereka bersama keluarga tercinta.. aku masih di sini.. apa daya bagiku mungkin sudah suratan takdir buat diri ini-
Benar perjalanan hidup ini masih jauh
Masih dalam kesamaran
Masih jauh untuk menggapai impian
Bagaikan masih di tahap permulaan
Tidak begitu mudah untuk meneruskan perjalanan
Masih banyak liku-liku kehidupan yang harus ditempuhi
Jika dirasakan kehidupan kini tidak mampu dipikul lagi
Apatah lagi bebanan yang bakal timbul pada hari yang mendatang
Di dalam alam yang berbeza
Bersama rintangan yang semakin memberat sarat
Apa yang diharapkan agar segala urusan dipermudahkan-Nya
Apa yang dinantikan agar bersinar kehidupan di masa hadapan
Perjalanan yang panjang dan masih jauh harus sahaja diharungi
Kekadang terasa waktu begitu singkat
Hari berganti hari, dari bulan ke bulan hinggalah tahun ke tahun
Segalanya telah dijalani namun masih dalam kekaburan
Terasa banyak lagi yang belum dimengerti
Terasa banyak lagi yang perlu dipelajari
Terasa banyak lagi yang perlu diperbaiki
Terasa banyak lagi yang harus diredahi
Bersama tiupan angin yang dingin
Diriku terbang membawa haluan
Bersama deruan ombak di lautan
Diriku berlabuh mencari laluan
Dalam sebuah perjalanan
Perjalanan yang tiada kepastian
Peringkat demi peringkat perjalanan.. Tidak lengkap tanpa pengorbanan.. Tidak terasa tanpa cabaran.. Harus dijalani dengan kesediaan..Sehingga terkadang tersungkur di tengah perjalanan.. Terkadang dibuai lena dek kerana kelelahan.. Perjalanan yang kurasakan masih jauh
Bukan sesuatu yang mudah untuk meniti titian sebuah kehidupan.. Ia menuntut berganda-ganda ketabahan.. kesabaran.. kesungguhan.. Tidak cukup dengan itu, ia juga menuntut berkali-kali pengorbanan.. pengertian.. Adakalanya sebuah kehidupan dihujani dengan pelbagai persoalan.. tanda tanya yang mampu dirungkai atau sebaliknya menjadi sebuah misteri
Benar perjalanan hidup ini masih jauh.. tidak kunafikan.. masih terlalu dalam untuk diselami.. masih terlalu awal untuk ditafsirkan.. Allahu a'lam
Redha dengan ketentuan-Nya
Di situlah terletaknya ketenangan jiwa
Ikhlaskan hati dalam setiap perkara
Di situlah terletaknya kesejahteraan hati kita
Biarpun kepahitan yang dirasa
Biarpun kesulitan yang dialami
Redha dan ikhlas ku terima
Percaya dan yakin ku serahkan diri
Hanya padamu Illahi..
Dengan ini hati merelakan..
Biarkan kesangsian, kegusaran, kekacauan jiwa melangkah meninggalkan diri ini
Biarkan ia berlalu pergi daripada relungan hati kecilku ini
Biarkan ia pergi tanpa menoleh lagi
Biarkan ia pergi..
Hapuskan segala rasa yang merantai ketenangan jiwa nurani
Hapuskan segala rasa yang membelenggu kotak fikiran ini
Kurniakanlah diri ini ketenangan yang abadi
Ketenangan yang menjadi impian setiap insani
Yang berlalu biarlah berlalu
Yang terkini harus dijalani
Yang akan tiba jauhkanlah daripada hiba
Baru sahaja memulakan first paper tanggal 26 April 2011 dengan paper yang bernama spektrokimia @ chemical spectroscopy.. Masih mempunyai empat paper lagi untuk dihadapi sehingga tamatnya perjuangan ini pada sebelah petang 8 Mei 2011.. Walau apapun yang dirasa pada hari ini, jangan pula dilupakan apa yang akan ditempuhi pada hari yang mendatang.. Perjuangan harus diteruskan hingga ke akhirnya.. Don't be give up ya! Insya-Allah.. We can do it! Then when you have take a decision, put your trust in Allah..
'dia' meresahkan jiwa yang telah sedia gundah gulana
'dia' menyesakkan fikiran yang senantiasa memikirkan
Di sebalik keresahan pasti ada kedamaian
Di sebalik kekalutan pasti ada ketenangan
Kadang ku hampir berputus asa untuk menghadapi 'dia'
Kadang ku rasa cemas yang tiada hentinya apabila hampir saat berhadapan dengan 'dia'
Namun ku sedar 'dia' harus jua ku tempuhi walau tanpa kerelaan
Namun ku tahu kepentingan 'dia' untukku demi masa depan
Ku harus mempersiapkan diri agar 'dia' tidak ku sia-siakan
Ku harus merancang kini sekiranya kebahagiaan bersama 'dia' ku harapkan
'dia' bakal membawa sinar bahagia dalam hidupku
'dia' juga bakal menghurung derita pada diriku
Bahagia atau derita.. yang mana menjadi pilihan kalbu
Terpulang pada diriku..
-Gagal merancang bermakna kita merancang untuk gagal-
Nampaknya tanda-tanda demam exam sudah mula bertapak..
Menjadi suatu kemestian pada orang yang menaip ni untuk pulang ke rumah..
Bayangkan, fokus tiada.. umpama tiada bermaya.. sehingga tiada apa yang dapat dilakukan selain hanya termenung mengenang kampung halaman dari kejauhan..
Jelas diri ini mengalami penyakit 'homesick'.. bahaya kalau dibiarkan tambah-tambah lagi final exam dah semakin hampir di garisan permulaan..
Penyelesaiannya cuma satu >> jom kita balik rumah!
Pabila final exam bakal menjelma
Study week juga turut tiba
Akan ku manfaatkan peluang yang ada
Mengisi semangat yang hilang dari jiwa
Balik rumah bukan sebarang balik.. balik beserta hajat di hati..
Meleraikan segala kekusutan.. melepaskan segala apa yang terpendam.. mengisi semula semangat diri yang hampir nyawa-nyawa ikan.. yang paling penting melepaskan kerinduan yang semakin hari semakin menebal pada mak dan ayah.. berkongsi suka duka kehidupan yang tidak sempat ku khabarkan kepada mereka kerana tiada rahsia antara diriku dan mereka.. sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara, baik ataupun buruk semuanya dalam pengetahuan mereka.. walau apapun diriku pasti DIA lebih mengetahui segalanya.
-Semoga diriku menemui ketenangan yang dicari dan keberkatan yang diharapkan-
Kerinduan semakin bercambah apabila mendengar lagu ibu yang disarankan oleh seorang hawa kepada diriku.. Jom kita dengar sama-sama..
Buat sahabat-sahabat yang bakal bertarung bersama diriku untuk menghadapi 'dia' yang telah aku perkatakan sebentar tadi.. renungkanlah bait-bait kata berikut..
Jika kita fikir kita boleh.. kita pasti boleh melakukan yang terbaik.. Insya-Allah
-Semoga kejayaan bersama kita-
Usaha-Doa-Tawakal
" Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal kepada-Nya."
Persahabatan akan berkekalan jika ianya berlandaskan takwa..
Kita selalu mengimpikan sahabat yang baik dan sentiasa berada di belakang kita walau apapun yang terjadi..
Namun dalam mengharungi ranjau kehidupan yang penuh dengan ketidakpastian pasti suatu ketika tali persahabatan itu akan menjadi longgar dan goyah jua akhirnya.. (alangkah kecewanya rasa hati jika itu berlaku..)
Kecuali persahabatan yang berlandaskan takwa.. ia kekal ke akhir hayat..
Maafkan aku sekiranya aku bukan sahabat yang baik tetapi aku cuba untuk jadi yang terbaik
Maafkan aku sekiranya aku tidak seperti apa yang kamu harapkan kerana aku hanyalah aku yang tiada apa-apa untuk dibanggakan
Maafkan aku sekiranya selama ini aku pernah mengguris perasaan kamu walaupun adakalanya perasaan aku sendiri yang terguris dan aku tidak mampu bersuara dan hanya berdiam mungkin kerana aku bukan sahabat yang baik
Maafkan aku sekiranya kekurangan dan kelemahan yang ada dalam diriku membuatkan kamu merasa aku tidak layak dipanggil sebagai sahabat.. kekurangan dan kelemahan itu tidak dapat aku elakkan
Seboleh-bolehnya aku turutkan segala kemahuan kamu kerana kamu sahabatku..
Namun berikanlah ruang kepada diriku untuk menjaga perasaanku sendiri..
Walaupun suatu hari nanti kamu akan berpaling daripada aku mungkin kerana kamu menemui sahabat yang lebih baik, lebih memahami, lebih prihatin pada kamu daripadaku..
Aku tetap menganggap kamulah sahabatku..
Jika ternyata suatu hari nanti kamu membelakangi aku.. tiada apa dapat aku katakan.. terpulanglah kepada kamu.. apa yang kamu fikirkan.. terserah..
Kerana pada aku sekali menjadi sahabat bermakna selama-lamanya adalah sahabat.
Dialog bersama miss confuse tadi sekadar selingan saja.. *malas nak layan miss confuse lagi..goodbye!
Sebenarnya ada yang lagi penting ni.. sebenarnya.. sebenarnya.. orang yang menaip ni nak kata yang dia dah lama tak pergi jalan-jalan makan angin.. Walaupun dihimpit dengan pelbagai tugasan yang menyesakkan fikiran, masih sempat lagi nak fikir tentang makan angin ke??.. Bukannya apa, waktu stress ni la rasa nak tenangkan fikiran.. Kalau nak tenangkan fikiran mesti terbayangkan tempat-tempat indah lagi menawan.. Tambahan lagi di negara kita ni macam-macam tempat menarik lagi tertarik yang ada..
Rasanya last time melancong ni masa form 5 kalau tak silap.. lama sangat-sangat dah tak pergi melancong (sebut melancong bunyinya macam jauh saja.. padahal jalan kaki pun boleh sampai). Masa tu buat trip ke Melaka bersama-sama group mentor-mentee (mentor-mentee ni kira macam study group dengan seorang guru yang menjadi pemantau dari segi akademik). Cikgu yang jadi mentor untuk group kami sangat baik. Dia bawa kami pergi zoo melaka, muzium samudera (maritim), pergi jusco makan-makan, pergi muzium lebah.. paling-paling diingati sambut hari lahir diriku di dalam kereta kerana kesuntukan waktu.. sedar tak sedar waktu amat menceburui kami di saat itu..
Ini dia pintu masuk zoo Melaka.. Ingat lagi waktu tu cikgu bayarkan tiket masuk untuk kami bertujuh..cikgu kata dia belanja.. baik kan..*agak mahal.. terima kasih cikgu!
Hah.. yang ini pula gambar antara haiwan-haiwan yang ada kat zoo Melaka.. macam-macam ada.. *adakah haiwan-haiwan ini merindui diri ini?.. haha.. yelah, dah lama tak datang melawat mereka..
Selepas melawat haiwan-haiwan kat zoo ni kami meneruskan perjalanan ke muzium samudera yang berbentuk kapal.. *seperti gambar di sebelah kiri ni..
Waktu kemuncak di mana perut menyanyikan lagu keroncongnya pun tiba.. bincang-bincang seterusnya meneruskan pencarian makanan
di Jusco.. *dah tak ingat dah order apa masa tu ek?.. tapi seingat diriku kat situ tempat beli kek tu.. hehe *kek tu cantik.. tapi sayang gambar kek sebenar tiada dalam simpanan..
Seterusnya meneruskan perjalanan ke muzium lebah.. mula-mula tak terfikir pun tentang muzium lebah ni.. ingatkan terus nak sambut birthday kat mana-mana perhentian.. tiba-tiba muncul idea ke muzium lebah.. agak menarik.. kat situ ada tunjukkan pelbagai spesies lebah..
Habis sesi lawatan agak lewat.. tak sempat untuk singgah di mana-mana.. jadinya sambut birthday dalam kereta cikgu.. apa-apa pun tetap meriah!
* Tak berapa sure betul ke susunan perjalanan ni.. sebab dah hampir 3 tahun lebih ianya berlalu.. tapi yang pasti memang pasti tempat-tempat tersebut telah pun dikunjungi.. =p
Banyak lagi tempat-tempat menarik yang belum dikunjungi.. Terasa teringin nak jalan-jalan tepi pantai.. lama dah tak pergi pantai yang beralaskan pasir menghadap laut yang luas terbentang bersama deruan ombak yang beralun serta tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa.. alangkah indahnya suasana yang sebegitu.. rasanya semua ketensionan yang ada bagaikan luruh satu persatu..
Kali terakhir di tepi pantai yang indah masa zaman sekolah menengah dulu.. itu pun sebab ada kem motivasi kat Mutiara Motor Resort, Tanjung Sedeli, Johor.. masa sekolah rendah pun sekali rasanya, ni sebab perkhemahan untuk unit beruniform kat Pahang.. selepas-selepas itu langsung tak jejak pantai dah..
Antara pantai terindah yang belum dan ingin dikunjungi suatu hari nanti:
Pantai di Pulau Langkawi.. cantiknya!
Pulau Sipadan..nun dekat Sabah sana.. entah bila tahun la nak sampai ke sana..
Water Village Resort, Pulau Sipadan
Keindahan alam ciptaan-Nya.. Sesungguhnya sememangnya indah lagi menenangkan!
Sememangnya menjalani sebuah kehidupan bukannya sesuatu yang mudah.. No doubt about that.. It really2 true you know.. Life is not easy as ' Touch 'n Go '..
Tambahan pula hidup ini disertakan dengan pelbagai tanggungjawab @ tugasan yang patah tumbuh, yang hilang berganti.. Kadang-kadang sehingga terkeluar jugak keluhan.. Hidup oh Hidup.. Beginikah sebuah kehidupan?..*Orang kata tak baik kalau mengeluh ni..
Bila diri sedang dilanda hypertension, lagi banyak la keluh kesah yang timbul.. boleh jadi sampai mengomel seorang-seorang ( tahap yang kritikal ).. dah masuk zon bahaya! danger2.. Oh no!!