Welcome To Neutral Nature

Thursday, March 31, 2011

Persahabatan Berlandaskan Takwa

-Buat Sahabat-Sahabatku-


Persahabatan akan berkekalan jika ianya berlandaskan takwa..
Kita selalu mengimpikan sahabat yang baik dan sentiasa berada di belakang kita walau apapun yang terjadi..

Namun  dalam mengharungi ranjau kehidupan yang penuh dengan ketidakpastian pasti suatu ketika tali persahabatan itu akan menjadi longgar dan goyah jua akhirnya.. (alangkah kecewanya rasa hati jika itu berlaku..)

Kecuali persahabatan yang berlandaskan takwa.. ia kekal ke akhir hayat..


Maafkan aku sekiranya aku bukan sahabat yang baik tetapi aku cuba untuk jadi yang terbaik

Maafkan aku sekiranya aku tidak seperti apa yang kamu harapkan kerana aku hanyalah aku yang tiada apa-apa untuk dibanggakan

Maafkan aku sekiranya selama ini aku pernah mengguris perasaan kamu walaupun adakalanya perasaan aku sendiri yang terguris dan aku tidak mampu bersuara dan hanya berdiam mungkin kerana aku bukan sahabat yang baik

Maafkan aku sekiranya kekurangan dan kelemahan yang ada dalam diriku membuatkan kamu merasa aku tidak layak dipanggil sebagai sahabat.. kekurangan dan kelemahan itu tidak dapat aku elakkan

Maafkan aku untuk segalanya..


****************************************************
Terima kasih kerana aku tahu kamu juga telah cuba menjadi sahabat yang baik dalam hidupku

Terima kasih atas jasa yang pernah kamu lakukan.. aku serahkan kepada-Nya untuk membalas segala kebaikan kamu

Terima kasih atas pengorbanan kamu ke atas diriku

Terima kasih sekiranya kamu sentiasa berada di sisi dalam apa jua keadaan

Terima kasih atas segalanya..

****************************************************


Seboleh-bolehnya aku turutkan segala kemahuan kamu kerana kamu sahabatku..
Namun berikanlah ruang kepada diriku untuk menjaga perasaanku sendiri..

Walaupun suatu hari nanti kamu akan berpaling daripada aku mungkin kerana kamu menemui sahabat yang lebih baik, lebih memahami, lebih prihatin pada kamu daripadaku..
Aku tetap menganggap kamulah sahabatku..

Jika ternyata suatu hari nanti kamu membelakangi aku.. tiada apa dapat aku katakan.. terpulanglah kepada kamu.. apa yang kamu fikirkan.. terserah..

Kerana pada aku sekali menjadi sahabat bermakna selama-lamanya adalah sahabat.

Tuesday, March 29, 2011

I am Confused


What should I do?..
How I need to behave like?..
To whom I could trust and tell what I'm going through right now?..
This makes me more more and more miss you, my mother..

Dear my God,
Only YOU really know what is hidden deep within my heart..
Please gives me strength to face all this

Saturday, March 26, 2011

Makan Angin.. Cuci Mata.. Bestnya!

Makan angin?
Yup.. makan angin.. kenapa?
Mana boleh makan angin..
Kenapa pula tak boleh?
Nak sentuh pun tak boleh macam mana nak makan angin..
Ya Rabbi.. maksud makan angin dekat sini macam jalan-jalan cari makan @ cuti-cuti Malaysia tu.. ada faham?
Ohoo.. faham sudah.. kalau macam tu nak join sekali boleh tak?
Ok je.. jom makan angin.. sambil tu boleh cuci mata..


Cuci mata?.. tak baik tahu tak..
Eh, kenapa pula tak baik?..
Tu nak cuci mata tu mesti tengok apa-apa yang tak baik.. so, kira tak baik la..
Astaghfirullah miss confuse ni.. itu buat sakit mata saja..
Habis tu?
Cuci mata melihat keindahan alam ciptaan Tuhan..
Kalau yang itu.. thumbs up!

* Alahai miss confuse.. orang yang menaip ni pun jadi confuse sudah! 

****************************************************
Dialog bersama miss confuse tadi sekadar selingan saja.. *malas nak layan miss confuse lagi..goodbye!

Sebenarnya ada yang lagi penting ni.. sebenarnya.. sebenarnya.. orang yang menaip ni nak kata yang dia dah lama tak pergi jalan-jalan makan angin.. Walaupun dihimpit dengan pelbagai tugasan yang menyesakkan fikiran, masih sempat lagi nak fikir tentang makan angin ke??.. Bukannya apa, waktu stress ni la rasa nak tenangkan fikiran.. Kalau nak tenangkan fikiran mesti terbayangkan tempat-tempat indah lagi menawan.. Tambahan lagi di negara kita ni macam-macam tempat menarik lagi tertarik yang ada..

Rasanya last time melancong ni masa form 5 kalau tak silap.. lama sangat-sangat dah tak pergi melancong (sebut melancong bunyinya macam jauh saja.. padahal jalan kaki pun boleh sampai).  Masa tu buat trip ke Melaka bersama-sama group mentor-mentee (mentor-mentee ni kira macam study group dengan seorang guru yang menjadi pemantau dari segi akademik). Cikgu yang jadi mentor untuk group kami sangat baik. Dia bawa kami pergi zoo melaka, muzium samudera (maritim), pergi jusco makan-makan, pergi muzium lebah.. paling-paling diingati sambut hari lahir diriku di dalam kereta kerana kesuntukan waktu.. sedar tak sedar waktu amat menceburui kami di saat itu..

Ini dia pintu masuk zoo Melaka.. Ingat lagi waktu tu cikgu bayarkan tiket masuk untuk kami bertujuh..cikgu kata dia belanja.. baik kan..*agak mahal.. terima kasih cikgu!


 Hah.. yang ini pula gambar antara haiwan-haiwan yang ada kat zoo Melaka.. macam-macam ada.. *adakah haiwan-haiwan ini merindui diri ini?.. haha.. yelah, dah lama tak datang melawat mereka.. 


Selepas melawat haiwan-haiwan kat zoo ni kami meneruskan perjalanan ke muzium samudera yang berbentuk kapal.. *seperti gambar di sebelah kiri ni..


Waktu kemuncak di mana perut menyanyikan lagu keroncongnya pun tiba.. bincang-bincang seterusnya meneruskan pencarian makanan
di Jusco.. *dah tak ingat dah order apa masa tu ek?.. tapi seingat diriku kat situ tempat beli kek tu.. hehe *kek tu cantik.. tapi sayang gambar kek sebenar tiada dalam simpanan..


Seterusnya meneruskan perjalanan ke muzium lebah.. mula-mula tak terfikir pun tentang muzium lebah ni.. ingatkan terus nak sambut birthday kat mana-mana perhentian.. tiba-tiba muncul idea ke muzium lebah.. agak menarik.. kat situ ada tunjukkan pelbagai spesies lebah..

Habis sesi lawatan agak lewat.. tak sempat untuk singgah di mana-mana.. jadinya sambut birthday dalam kereta cikgu.. apa-apa pun tetap meriah!

* Tak berapa sure betul ke susunan perjalanan ni.. sebab dah hampir 3 tahun lebih ianya berlalu.. tapi yang pasti memang pasti tempat-tempat tersebut telah pun dikunjungi.. =p

****************************************************

Banyak lagi tempat-tempat menarik yang belum dikunjungi.. Terasa teringin nak jalan-jalan tepi pantai.. lama dah tak pergi pantai yang beralaskan pasir menghadap laut yang luas terbentang bersama deruan ombak yang beralun serta tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa.. alangkah indahnya suasana yang sebegitu.. rasanya semua ketensionan yang ada bagaikan luruh satu persatu..

Kali terakhir di tepi pantai yang indah masa zaman sekolah menengah dulu.. itu pun sebab ada kem motivasi kat Mutiara Motor Resort, Tanjung Sedeli, Johor.. masa sekolah rendah pun sekali rasanya, ni sebab perkhemahan untuk unit beruniform kat Pahang.. selepas-selepas itu langsung tak jejak pantai dah..


Antara pantai terindah yang belum dan ingin dikunjungi suatu hari nanti:

Pantai di Pulau Langkawi.. cantiknya!

 
Pulau Sipadan..nun dekat Sabah sana.. entah bila tahun la nak sampai ke sana..

Water Village Resort, Pulau Sipadan

Keindahan alam ciptaan-Nya.. Sesungguhnya sememangnya indah lagi menenangkan!

****************************************************

Jauh perjalanan luas pemandangan
Luas pemandangan luas pengetahuan


Lihatlah ciptaan Tuhan dengan mata hatimu
~Semoga duniamu berseri~



Saturday, March 19, 2011

Sabarlah Duhai Hati..

Sabar.. Sabar.. Sewaktu darah memuncak, kesabaran menghilang.. Dimanakah tercampaknya kesabaran itu.. Sedarkah kita sewaktu itu??.. Jika diturutkan api kemarahan rasanya tahap kesedaran yang ada amat nipis senipis kulit bawang la katakan.. Sememangnya marah adalah perasaan yang sedia ada di dalam diri ini.. Namun patutkah kita memberi laluan kepadanya untuk terus bertakhta di sanubari ini..

Jangan engkau mudah marah
Memang adakalanya perasaan marah sangat sukar dikawal.. Apabila marah merajai hati, kewarasan diri kian pudar.. Apabila marah menguasai diri, segala tindakan di luar sistem kawalan (out of control).

Perasaan marah menular ke dalam diri tanpa segan silu..
Begitu mudah ia hadir tetapi mengapa ia sukar untuk pergi..
Mungkin kerana diri ini yang sukar untuk melepaskannya..
Mungkin juga kerana had kesabaran yang terbatas..
Betapa lemahnya diri ini..

Kawallah ia selagi mampu dikawal.. Bendunglah perasaan itu sebelum ia menjadi semakin parah.. Ikutkan rasa binasa, ikutkan hati mati..
Sememangnya terlalu menurut kata hati boleh membawa padah (berdasarkan pengalaman sendiri).



-Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar-

*Bukan sekadar kata-kata malah sebagai satu peringatan kepada diriku sendiri yang sememangnya lemah dan tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.. 


Tuesday, March 15, 2011

Rindunya Zaman Sekolah!!..


I want to go back to school!
Tetiba saja rasa rindu pada alam persekolahan menusuk hati.. Zaman persekolahanku terlalu simple.. yang diriku tahu ketika itu hanyalah belajar belajar dan belajar.. Kehidupan yang penuh keskemaan rasanya.. Maka benarlah jika ada yang berkata kita kena hargai setiap detik yang dilalui kerana apabila kita sudah melangkah ke hadapan maka jangan haraplah masa yang lalu akan kembali.. Seandainya dapat ku undurkan masa.. tapi apakan daya.. Semuanya telah berlalu..

Kehidupanku di sekolah sebagai seorang pengawas sekolah.. Datang sekolah awal sebelum datangnya orang lain.. Selepas perhimpunan, tunggu pelajar-pelajar masuk kelas sambil buat spot check.. dah habis semua masuk kelas barulah tiba giliranku untuk masuk ke kelas.. Tamat waktu sekolah, bila semua orang habis keluar sekolah barulah dapat balik.. Beginilah kehidupan seorang pengawas sekolah.. *cubalah bayangkan!

Walaupun kehidupanku di sekolah tidak semeriah mana dek kerana hambatan tanggungjawab dan tuntutan untuk menjadi pelajar yang baik namun saat detik ketika itu diakui memang dirindui ketika ini.. *baiklah sangat.. haha.. tapi rasanya memang baik.. kalau tak percaya tanya cikgu saya.. ;p

Memang rindu-rindu gila rasanya sampai termimpi-mimpi.. Mimpi pakai baju sekolah.. Mimpikan cikgu.. Mimpi kawan-kawan kelas.. Mimpi yang telah meninggalkan kesan rasa rinduku kepada alam persekolahan.. *rasa macam di alam realiti.. Rupa-rupanya hanyalah fantasi..

Mimpi pakai baju sekolah.. Rindu detik itu!
> Sungguh kita kena hargai setiap detik yang kita lalui.. Mengapa??.. Kerana masa yang telah berlalu tidak dapat diundur kembali.. Bak kata laoshi (cikgu Mandarin saya): "Treasure every single moment when we are together".. I agree!
                                                     *******************************************

Ini alkisah seorang guru bersama pelajarnya yang kurang makan asam.. haha..

Apalah nasib cikgu dapat pelajar macam ni.. walau apa pun yang penting pelajar itu respon balik pada soalan yang cikgu dia bagi.. *kira boleh la.. daripada dapat pelajar yang senyap memanjang.. rasa macam cakap dengan tunggul kayu sudah.. Lihatlah karenah pelajar-pelajar ni.. boleh sakit jantung cikgu dibuatnya!

DAYA.. Rasanya kelas fizik ni.. Sungguh kreatif pelajar-pelajar kelas ni!
* Teringat masa sekolah dulu ada seorang cikgu kata : jangan jadi cikgu.. nanti boleh kena sakit jantung!

Apa-apa pun respect kepada siapa-siapa yang terlibat dengan profesyen perguruan.. Harap-harap dapat anak murid yang baik-baik semua.. Kalau kurang baik pun apa salahnya,  salah satu tanggungjawab seorang guru adalah mendidik.. So, try the best and do the best for your student ya!

Saturday, March 12, 2011

Warna-Warni Kehidupan Seindah Pelangi

Kehidupan walaupun kadang kala ada kepahitan.. Jangan dilupakan pada kemanisannya.. Kenanglah pada warna-warni kehidupan yang indah.. Jangan jadikan kesedihan dan kesusahan sebagai perkara utama untuk diperkatakan kerana ianya akan menghalang diri untuk menikmati kebahagiaan.

Warna-warni kehidupan yang seindah pelangi sewajarnya dinikmati walaupun adakalanya warna itu menjadi suram kelam dan malap.. Ketika detik suram melanda ingatlah kepada detik indah agar diharapkan dapat melenyapkan kesuraman yang melanda.

Sesungguhnya ujian.. dugaan.. cabaran.. akan sentiasa hadir dalam kehidupan ini walau kita menolaknya sejauh mana sekalipun ia tetap berada di sisi.. Tanpa ujian dari-Nya mungkin kita tidak mampu melihat di manakah posisi kita di kala ini.. Adakah kita mampu bersabar atau sebaliknya.. Adakah kita mampu menerima hakikat atau sebaliknya.. Sebaik-baiknya hanya mampu berserah kepada-Nya..

Mungkin juga ada hikmah di sebalik dugaan yang menimpa.. Setelah ditimpa sesuatu dugaan pasti kita akan menilai diri.. Menyedari hakikat sebenar.. Cuba memperbaiki diri.. Tanpa dugaan dalam kehidupan ini mungkin kita akan terus leka dibuai keasyikan duniawi semata-mata..

Indahnya warna-warna kehidupan
-Hayatilah dan nikmatilah warna-warni kehidupan ini selagi berkesempatan-


**********************************

Pelangi.. Warna-warni.. Cantik.. Unik..
Teringat kata kunci yang digunakan untuk mengingati warna pelangi sewaktu zaman sekolah.. Kata kunci yang bila digabungkan menjadi ayat yang unik menarik dan mudah diingati.. Kata kunci yang digunakan seperti berikut:

Micheal   > Merah
Jackson  > Jingga
Kata       > Kuning
Hantu     > Hijau
Bungkus > Biru
Itu          > Indigo
Unik       > Ungu

Unik tak kata kunci yang digunakan.. Sangat-sangat unik kan.. *dah kata dah tadi..
Kalau digabungkan Micheal Jackson Kata Hantu Bungkus Itu Unik.. Confirm lepas ni mesti terkunci di minda..

* Penggunaan kata kunci salah satu cara mudah untuk mengingati sesuatu fakta.

Friday, March 11, 2011

..Where Am I ?..

Searching.. Searching.. and Searching..
Where are you? ( Myself )
Feel like me not me anymore..

What should I do?
Nothing to do..

Should I just ignore all this? ( meaning no need to worry )
Cannot.. cannot because everyone need to know themselves well..
Oh really!.. OK, I understand.. Thanks ya!

Tika diri hampir putus asa
Dirimu hadir memberi semangat
Recently, feeling bad on myself..
Why?
Maybe I need someone to calm down myself..
Who?
The only person that know me better..
OK.. But who that person?
My Mother.. The most precious person in my life..


* Really2 miss and need you.. My Mother..

Hidup Tak Semudah ' Touch 'n Go '

Sememangnya menjalani sebuah kehidupan bukannya sesuatu yang mudah.. No doubt about that.. It really2 true you know.. Life is not easy as ' Touch 'n Go '.. 

Tambahan pula hidup ini disertakan dengan pelbagai tanggungjawab @ tugasan yang patah tumbuh, yang hilang berganti.. Kadang-kadang sehingga terkeluar jugak keluhan.. Hidup oh Hidup.. Beginikah sebuah kehidupan?..*Orang kata tak baik kalau mengeluh ni..

Bila diri sedang dilanda hypertension, lagi banyak la keluh kesah yang timbul.. boleh jadi sampai mengomel seorang-seorang ( tahap yang kritikal ).. dah masuk zon bahaya! danger2.. Oh no!!

Realiti sebuah kehidupan..

Monday, March 7, 2011

Neutral Nature??..

Neutral nature @ sifat neutral.. apa kaitan??.. kenapa neutral nature.. percaya dan yakinlah setiap sesuatu yang berlaku mesti ada sebabnya..(betul3..) jadi.. macam neutral nature jugak la..mesti ada sebabnya tersendiri..kalau kita tengok persekitaran sekeliling semuanya ada kaitan dengan neutral nature ni..semuanya kena seimbang..


Positif & Negatif saling memerlukan antara satu sama lain supaya dapat menjadi neutral (seimbang)


Kalau ada positif mesti ada negatifnya..kita takkan selalunya betul, kadang-kadang ada silap salahnya..makan pun kena seimbang jugak..kalau tak jaga pemakanan, siapa yang susah??..anda dan diri anda jawabnya.. dalam kata mudah diri sendiri yang susah.. lari topik sudah..

Nak contoh lagi dekat cuba kita tengok diri kita..macam mana??.. macam itulah.. macam inilah.. maksudnya mesti ada kelebihan dan kelemahan.. ini pun boleh dikaitkan dengan neutral jugak ke.. (pun boleh!!) *termasuklah orang yg menaip ni haa.. insan biasa yang sememangnya biasa..tiada yang biasa melainkan biasa..haha =p

Post yang pertama ni sebagai intro saja.. senang cerita atau dipendekkan cerita neutral nature berkaitan dengan konsep keseimbangan..tak nak nanti semua tertanya-tanya..neutral nature??..what is the point???.. *yang kat atas semua itulah point nya..

Banyaknya tanda soal..bukan apa..nak tunjukkan persoalan-persoalan yang perlu dirungkaikan.. sekarang rasanya sudah terang lagi bersuluh sebab musabab kenapa mengapa neutral nature menjadi pilihan kalbu (harap-harap begitulah hendaknya).. maka dengan ini, rasmilah 'Neutral Nature'!!..