Welcome To Neutral Nature

Sunday, April 22, 2012

Hanya Mampu Pasrah

Kehendak hati tidak ku suarakan
Kemahuan diri tidak ku turutkan
Kerana ini bukan masanya
Kerana ini bukan caranya

Dalam pasrah ada sendu bertamu
Bukan mudah untuk terus begini
Namun ku tetap membiarkan begini
Kerana ku rasa inilah jalan terbaik di ketika ini

Ku pasti sejauh mana jarak memisahkan
Seberapa lama sekalipun waktu berlalu
Seandainya ikatan antara kita masih kuat
Pasti akan bertemu dengan izin-NYA

Namun sekiranya sebaliknya yang terjadi
Jujur ku katakan diri ini pasti akan kecewa
Jujur ku katakan hati ini terasa sakit sekali
Kerana ku manusia biasa yang punya hati dan perasaan

Jika sudah begitu suratan takdir
Akan ku muhasabah diri ini
Agar segala yang terjadi
Dapat ku terima dengan hati yang redha..

Ya Allah, ikhlaskan hatiku dalam setiap ketentuan-Mu
Semoga dapat ku jalani takdir hidup ini seadanya..