Welcome To Neutral Nature

Thursday, March 31, 2011

Persahabatan Berlandaskan Takwa

-Buat Sahabat-Sahabatku-


Persahabatan akan berkekalan jika ianya berlandaskan takwa..
Kita selalu mengimpikan sahabat yang baik dan sentiasa berada di belakang kita walau apapun yang terjadi..

Namun  dalam mengharungi ranjau kehidupan yang penuh dengan ketidakpastian pasti suatu ketika tali persahabatan itu akan menjadi longgar dan goyah jua akhirnya.. (alangkah kecewanya rasa hati jika itu berlaku..)

Kecuali persahabatan yang berlandaskan takwa.. ia kekal ke akhir hayat..


Maafkan aku sekiranya aku bukan sahabat yang baik tetapi aku cuba untuk jadi yang terbaik

Maafkan aku sekiranya aku tidak seperti apa yang kamu harapkan kerana aku hanyalah aku yang tiada apa-apa untuk dibanggakan

Maafkan aku sekiranya selama ini aku pernah mengguris perasaan kamu walaupun adakalanya perasaan aku sendiri yang terguris dan aku tidak mampu bersuara dan hanya berdiam mungkin kerana aku bukan sahabat yang baik

Maafkan aku sekiranya kekurangan dan kelemahan yang ada dalam diriku membuatkan kamu merasa aku tidak layak dipanggil sebagai sahabat.. kekurangan dan kelemahan itu tidak dapat aku elakkan

Maafkan aku untuk segalanya..


****************************************************
Terima kasih kerana aku tahu kamu juga telah cuba menjadi sahabat yang baik dalam hidupku

Terima kasih atas jasa yang pernah kamu lakukan.. aku serahkan kepada-Nya untuk membalas segala kebaikan kamu

Terima kasih atas pengorbanan kamu ke atas diriku

Terima kasih sekiranya kamu sentiasa berada di sisi dalam apa jua keadaan

Terima kasih atas segalanya..

****************************************************


Seboleh-bolehnya aku turutkan segala kemahuan kamu kerana kamu sahabatku..
Namun berikanlah ruang kepada diriku untuk menjaga perasaanku sendiri..

Walaupun suatu hari nanti kamu akan berpaling daripada aku mungkin kerana kamu menemui sahabat yang lebih baik, lebih memahami, lebih prihatin pada kamu daripadaku..
Aku tetap menganggap kamulah sahabatku..

Jika ternyata suatu hari nanti kamu membelakangi aku.. tiada apa dapat aku katakan.. terpulanglah kepada kamu.. apa yang kamu fikirkan.. terserah..

Kerana pada aku sekali menjadi sahabat bermakna selama-lamanya adalah sahabat.

5 comments:

Anonymous said...

wahhh...semoga persahabatan kite kekal selamanyer.. :)

Faridah @ OYM said...

Insya-Allah berkekalan sekiranya penyakit hati dapat dihindari..hindari hasad dengki,iri hati,antara sahabat..=)

mai said...

semoga ape yang berlaku dijadikan sebagai pengalaman yang berharga..persahabatan sesuatu yang tidak bisa digantikan dengan wang ringgit..so akhir kata,saya sayang kawan saya~~~~(@,@)

Faridah @ OYM said...

mai:yela tu..sayang kwn lbih ea..haha..baiklah..saya hargai itu..=)

Anonymous said...

farid...camne nak wat assalamualaikum kat atas tue?? aku nak gak la..hehehe