Welcome To Neutral Nature

Showing posts with label Bual Bicara. Show all posts
Showing posts with label Bual Bicara. Show all posts

Sunday, January 15, 2012

Hati yang Pasrah

hati yang pasrah bersama impian
hati yang pasrah membawa harapan

assalamualaikum..
Alhamdulillah..masih lagi berkesempatan mencoretkan kata di laman yang lama kutinggalkan..rindu hendak mencoretkan sesuatu di laman ini setelah lama menyepi..

Sepanjang dua minggu ni OYM sibuk dengan final exam..final exam oh final exam, tamatlah riwayatmu hari ini tepat pukul 4 petang tadi..(untuk sem ni ye). Tetiba rasa seram pulak..seram dengan result yang bakal kutatapi..mintak-mintaklah ku tidak meratapinya..ada bezanya antara menatap dan meratap walaupun bunyinya hampir-hampir sama je..so? So, biarlah menatap daripada meratap (tak sanggup tau).

Seperti biasa, habis je final exam bermulalah cuti semester..(so apa lagi, jom balik rumah). Bila cerita bab balik rumah, rasa seram pun hilang kan. Tetiba pulak rasa dunia ini ana yang punya (astaghfirullah..lebih dah tu). Ingat..ingat..apa-apapun kena la bersederhana, tak kira la masa kita suka ke ataupun masa kita berduka. Sederhanalah dalam segalanya jangan sampai melampau batas..ok!

Konklusinya, dengan kepasrahan, hati ini belajar menerima kenyataan sebelum masanya..agar diri bersedia menghadapi apa pun jua hakikat yang bakal menyusul tiba.. Semoga segalanya baik-baik sahaja. insya-Allah..takkan lari gunung dikejar(erk? apakah?). Eh, maaf maaf silap..patutnya dimana ada kemahuan di situ ada jalan (hah yang ni baru betul). Selagi belum sampai waktunya(result keluar), selagi itu kita perlu berusaha dan jangan lupa doa dan tawakal. Pasrah.

Ok lah, tak rasa nak bercerita panjang sebab hati dah berbunga-bunga nak balik rumah kan kan..doakan OYM selamat tiba rumah ye. Insya-Allah kalau panjang umur jumpa lagi di lamanku ini..

Take care semua! Sekian, wassalam.

p/s: Maaf atas segala kekurangan atau kesilapan dalam entry ni..yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari insan yang tiada sempurnanya ini..wallahualam..

Friday, November 18, 2011

Kisah Pelangi Saya

Assalamualaikum..
Salam sejahtera to all..
harap semua sihat hendaknya..yang mana kurang sihat jangan lupa makan ubat ye..jangan lupa rehat secukupnya. Yang mana still tension sebab assigment yang tak habis-habis lagi, nampak gayanya kita kenalah berkorban sedikit..nanti bila dah settle semua, Insya-Allah boleh rehat..

OK! berbalik pada kisah pelangi saya, rasanya dah lama OYM tak nampak pelangi.. mungkin ada tetapi tidak berpeluang.. Syukur petang semalam, selepas hujan yang lebat mencurah ke bumi beserta kilat guruhnya juga, tak sangka rupanya OYM masih lagi berpeluang melihat ciptaanNya yang indah ini..

Subhanallah.. terkesima seketika OYM dibuatnya..Ya Allah,tersangatlah indah.. Oleh kerana OYM yang tersangatlah excited nak tengok pelangi setelah sekian lama mengidam.. OYM sempat snap beberapa gambar>>seperti berikut:

Hujan baru sahaja berhenti..setelah itu menjelmalah ia, sang pelangi yang indah..wow!

Gambar yang ini OYM zoom bagi dekat lagi..nampak tak pelangi tu? cantik kan..

Kemunculan pelangi ini membuatkan OYM teringat kata-kata yang OYM ada letak kat side bar :

Kadangkala Allah hilangkan mentari..Kemudian DIA datangkan guruh..Puas kita menangis..Mencari mana pelangi kita..Rupa-rupanya Allah hendak hadiahkan kita pelangi yang indah..

Subhanallah..

Masihkah ada peluang buat diri ini menikmati keindahannya di lain ketika? Insya-Allah,siapa sangka kan.. Dalam kisah pelangi ni, ia boleh dijadikan perumpamaan dalam kehidupan kita>> Walau apapun yang terjadi pasti punya hikmahnya dan ia sudah pastinya ketentuan dari-Nya.. Tabahkan hati, kuatkan semangat.. Semoga kita tidak akan mudah menyerah kalah dalam mengharungi kehidupan ini.

>>Begitulah ceritanya dengan kisah pelangi saya.. Sekian,wassalam.

Sunday, May 1, 2011

Senyum (^_^)

Senyum seindah suria
yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
duniamu berseri

Senyum umpama titian
dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
kemesraan menguntum

Bermula dari senyuman hilangnya rasa hiba.. bermula dari senyuman kehidupan dijalani dengan gembira bersama hati yang senang tanpa keraguan.. senyuman yang menghidupkan kembali cahaya diri yang hampir kelam.. percayalah senyuman yang terukir di bibir mampu melenyapkan kekusaman hati di samping meminimumkan kekelatan yang tampak di wajah..

Senyum itu umpama matahari yang menyinari alam ini
Senyum itu membuka lembaran baru yang menceriakan hari
Senyum itu membawa seribu makna dalam diri
Senyum itu mampu membawa hati yang lara pergi dari sisi

Senyuman yang manis bak gula kapas mampu memberi kesan yang positif bukan sahaja kepada diri malah orang yang berada di sekeliling kita.. tanpa kita sedari orang di sekeliling kita juga turut tersenyum.. teringat bait-bait kata dalam satu lagu yang berbunyi 'kalau saya senyum awak mesti senyum sekali, kalau kita senyum semua orang berjangkit, bila semua orang senyum dunia tiada penyakit'.. sudah pasti jika semua orang senyum hati kita juga turut gembira.. bila hati sentiasa gembira kesihatan diri pun akan turut terbela.. *sentiasa sihat dan ceria

******************************************************
Rahsia dan Kelebihan Pada Senyuman

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
" Senyum Itu Kelopak. Ketawa Itu Bunga Yang Sempurna Kembangnya".
******************************************************
Ketawa itu berpada-pada
Nak senyum sambil ketawa pun boleh.. tapi ingat-ingatlah akhirat.. maksudnya ketawa jangan terlalu over.. ketawa yang berlebihan boleh mematikan hati dan kita selalu dengar orang cakap "jangan ketawa lebih-lebih, nanti ilmu hilang.." (betul la tu..) *orang yang menaip ni pun bila dah ketawa hilang ingatnya.. usahlah begini kerana terlalu banyak ketawa dikhuatiri akan menangis di kemudian hari..
Teringat satu kisah di mana pada suatu hari orang yang menaip punyalah suka sangat sampai ketawa habis-habisan.. keesokannya harinya tidak semena-mena menangis teresak-esak pula.. masa tu barulah terfikir.. ni la padahnya terlalu suka sangat semalam.. nampaklah kat situ terlalu banyak ketawa akhirnya mengundang bencana *pengajaran buat orang yang menaip

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

Nabi Muhammad s.a.w melarang umatnya daripada tertawa yang melampaui batas. Ini kerana banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa terbahak-bahak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.
******************************************************
So, konklusinya jom kita senyum ramai-ramai.. dan bersederhana dalam ketawa.. *ketawa sikit je dah cukup.. jangan lebih-lebih ye.. (^_^)
Senyumlah walaupun hatimu disakiti.. senyumlah walaupun di pandang sepi.. senyumlah seikhlas hati..

-Kurangkan ketawa lebihkan senyuman-


p/s: kurangkan gula dalam minuman.. biarlah manis dalam setiap senyuman..

Saturday, March 26, 2011

Makan Angin.. Cuci Mata.. Bestnya!

Makan angin?
Yup.. makan angin.. kenapa?
Mana boleh makan angin..
Kenapa pula tak boleh?
Nak sentuh pun tak boleh macam mana nak makan angin..
Ya Rabbi.. maksud makan angin dekat sini macam jalan-jalan cari makan @ cuti-cuti Malaysia tu.. ada faham?
Ohoo.. faham sudah.. kalau macam tu nak join sekali boleh tak?
Ok je.. jom makan angin.. sambil tu boleh cuci mata..


Cuci mata?.. tak baik tahu tak..
Eh, kenapa pula tak baik?..
Tu nak cuci mata tu mesti tengok apa-apa yang tak baik.. so, kira tak baik la..
Astaghfirullah miss confuse ni.. itu buat sakit mata saja..
Habis tu?
Cuci mata melihat keindahan alam ciptaan Tuhan..
Kalau yang itu.. thumbs up!

* Alahai miss confuse.. orang yang menaip ni pun jadi confuse sudah! 

****************************************************
Dialog bersama miss confuse tadi sekadar selingan saja.. *malas nak layan miss confuse lagi..goodbye!

Sebenarnya ada yang lagi penting ni.. sebenarnya.. sebenarnya.. orang yang menaip ni nak kata yang dia dah lama tak pergi jalan-jalan makan angin.. Walaupun dihimpit dengan pelbagai tugasan yang menyesakkan fikiran, masih sempat lagi nak fikir tentang makan angin ke??.. Bukannya apa, waktu stress ni la rasa nak tenangkan fikiran.. Kalau nak tenangkan fikiran mesti terbayangkan tempat-tempat indah lagi menawan.. Tambahan lagi di negara kita ni macam-macam tempat menarik lagi tertarik yang ada..

Rasanya last time melancong ni masa form 5 kalau tak silap.. lama sangat-sangat dah tak pergi melancong (sebut melancong bunyinya macam jauh saja.. padahal jalan kaki pun boleh sampai).  Masa tu buat trip ke Melaka bersama-sama group mentor-mentee (mentor-mentee ni kira macam study group dengan seorang guru yang menjadi pemantau dari segi akademik). Cikgu yang jadi mentor untuk group kami sangat baik. Dia bawa kami pergi zoo melaka, muzium samudera (maritim), pergi jusco makan-makan, pergi muzium lebah.. paling-paling diingati sambut hari lahir diriku di dalam kereta kerana kesuntukan waktu.. sedar tak sedar waktu amat menceburui kami di saat itu..

Ini dia pintu masuk zoo Melaka.. Ingat lagi waktu tu cikgu bayarkan tiket masuk untuk kami bertujuh..cikgu kata dia belanja.. baik kan..*agak mahal.. terima kasih cikgu!


 Hah.. yang ini pula gambar antara haiwan-haiwan yang ada kat zoo Melaka.. macam-macam ada.. *adakah haiwan-haiwan ini merindui diri ini?.. haha.. yelah, dah lama tak datang melawat mereka.. 


Selepas melawat haiwan-haiwan kat zoo ni kami meneruskan perjalanan ke muzium samudera yang berbentuk kapal.. *seperti gambar di sebelah kiri ni..


Waktu kemuncak di mana perut menyanyikan lagu keroncongnya pun tiba.. bincang-bincang seterusnya meneruskan pencarian makanan
di Jusco.. *dah tak ingat dah order apa masa tu ek?.. tapi seingat diriku kat situ tempat beli kek tu.. hehe *kek tu cantik.. tapi sayang gambar kek sebenar tiada dalam simpanan..


Seterusnya meneruskan perjalanan ke muzium lebah.. mula-mula tak terfikir pun tentang muzium lebah ni.. ingatkan terus nak sambut birthday kat mana-mana perhentian.. tiba-tiba muncul idea ke muzium lebah.. agak menarik.. kat situ ada tunjukkan pelbagai spesies lebah..

Habis sesi lawatan agak lewat.. tak sempat untuk singgah di mana-mana.. jadinya sambut birthday dalam kereta cikgu.. apa-apa pun tetap meriah!

* Tak berapa sure betul ke susunan perjalanan ni.. sebab dah hampir 3 tahun lebih ianya berlalu.. tapi yang pasti memang pasti tempat-tempat tersebut telah pun dikunjungi.. =p

****************************************************

Banyak lagi tempat-tempat menarik yang belum dikunjungi.. Terasa teringin nak jalan-jalan tepi pantai.. lama dah tak pergi pantai yang beralaskan pasir menghadap laut yang luas terbentang bersama deruan ombak yang beralun serta tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa.. alangkah indahnya suasana yang sebegitu.. rasanya semua ketensionan yang ada bagaikan luruh satu persatu..

Kali terakhir di tepi pantai yang indah masa zaman sekolah menengah dulu.. itu pun sebab ada kem motivasi kat Mutiara Motor Resort, Tanjung Sedeli, Johor.. masa sekolah rendah pun sekali rasanya, ni sebab perkhemahan untuk unit beruniform kat Pahang.. selepas-selepas itu langsung tak jejak pantai dah..


Antara pantai terindah yang belum dan ingin dikunjungi suatu hari nanti:

Pantai di Pulau Langkawi.. cantiknya!

 
Pulau Sipadan..nun dekat Sabah sana.. entah bila tahun la nak sampai ke sana..

Water Village Resort, Pulau Sipadan

Keindahan alam ciptaan-Nya.. Sesungguhnya sememangnya indah lagi menenangkan!

****************************************************

Jauh perjalanan luas pemandangan
Luas pemandangan luas pengetahuan


Lihatlah ciptaan Tuhan dengan mata hatimu
~Semoga duniamu berseri~



Saturday, March 12, 2011

Warna-Warni Kehidupan Seindah Pelangi

Kehidupan walaupun kadang kala ada kepahitan.. Jangan dilupakan pada kemanisannya.. Kenanglah pada warna-warni kehidupan yang indah.. Jangan jadikan kesedihan dan kesusahan sebagai perkara utama untuk diperkatakan kerana ianya akan menghalang diri untuk menikmati kebahagiaan.

Warna-warni kehidupan yang seindah pelangi sewajarnya dinikmati walaupun adakalanya warna itu menjadi suram kelam dan malap.. Ketika detik suram melanda ingatlah kepada detik indah agar diharapkan dapat melenyapkan kesuraman yang melanda.

Sesungguhnya ujian.. dugaan.. cabaran.. akan sentiasa hadir dalam kehidupan ini walau kita menolaknya sejauh mana sekalipun ia tetap berada di sisi.. Tanpa ujian dari-Nya mungkin kita tidak mampu melihat di manakah posisi kita di kala ini.. Adakah kita mampu bersabar atau sebaliknya.. Adakah kita mampu menerima hakikat atau sebaliknya.. Sebaik-baiknya hanya mampu berserah kepada-Nya..

Mungkin juga ada hikmah di sebalik dugaan yang menimpa.. Setelah ditimpa sesuatu dugaan pasti kita akan menilai diri.. Menyedari hakikat sebenar.. Cuba memperbaiki diri.. Tanpa dugaan dalam kehidupan ini mungkin kita akan terus leka dibuai keasyikan duniawi semata-mata..

Indahnya warna-warna kehidupan
-Hayatilah dan nikmatilah warna-warni kehidupan ini selagi berkesempatan-


**********************************

Pelangi.. Warna-warni.. Cantik.. Unik..
Teringat kata kunci yang digunakan untuk mengingati warna pelangi sewaktu zaman sekolah.. Kata kunci yang bila digabungkan menjadi ayat yang unik menarik dan mudah diingati.. Kata kunci yang digunakan seperti berikut:

Micheal   > Merah
Jackson  > Jingga
Kata       > Kuning
Hantu     > Hijau
Bungkus > Biru
Itu          > Indigo
Unik       > Ungu

Unik tak kata kunci yang digunakan.. Sangat-sangat unik kan.. *dah kata dah tadi..
Kalau digabungkan Micheal Jackson Kata Hantu Bungkus Itu Unik.. Confirm lepas ni mesti terkunci di minda..

* Penggunaan kata kunci salah satu cara mudah untuk mengingati sesuatu fakta.