Welcome To Neutral Nature

Showing posts with label Renungan Diri. Show all posts
Showing posts with label Renungan Diri. Show all posts

Saturday, September 1, 2012

Jika Benar Cinta


Berbicara tentang cinta.. 
Semoga cinta itu adalah cinta kerana-Nya..

Cinta kerana-Nya...

Cinta kerana-Nya sentiasa memberi kekuatan dalam diri untuk terus tabah bertahan menjaga hati di kala hati membisikkan kata cinta dan rindu padanya yang bukan milik diri.

Cinta kerana-Nya juga sentiasa mengharapkan keredhaan-Nya, maka jarak telah dicipta bukan untuk menolak fitrah insani tetapi untuk mempertahankan kesucian cinta itu sendiri.

Cinta kerana-Nya tidak mudah untuk diungkapkan, kerana cinta itu tersembunyi di sebalik hati yang sentiasa mengharapkan redha-Nya..melainkan telah tiba waktu yang sebenar waktu untuk dinyatakan.

Cinta kerana-Nya sentiasa mengharapkan jalan yang terbaik untuk cinta itu disimpulkan menjadi cinta yang halal..

Cinta kerana-Nya sentiasa menuntut diri untuk memelihara cinta itu dari tercemar dengan bisikin nafsu semata kerana di situ terletaknya ketulusan dan ketelusan diri demi sebuah cinta yang suci..

Cinta kerana-Nya tidak mengharapkan balasan, sebaliknya bersedia menerima segala ketentuan. Biarpun pahit terasa namun manisnya tetap ada.



>>Bawalah cinta kerana-Nya kepada jalan-Nya bersama redha-Nya..insya-Allah bahagia hingga ke Syurga..


jika benar ini cinta,
biarlah benar pada caranya,
tepat pada masanya,
hadir dalam redha-Nya..

Jangan sampai fitrah menjadi fitnah
Jangan sampai urusan menjadi alasan
Jangan sampai yang salah menjadi benar
Sesungguhnya NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA

Cinta itu boleh jadi satu kurniaan, ia juga boleh jadi satu ujian buat kita..
Sekian, semoga dikurniakan 'cinta sebenar cinta' dari-NYA..

Sunday, June 17, 2012

Mana Satu Pilihanmu..

Hatiku membisikkan sesuatu
Akalku membuat perhitungan
Antara kemahuan hati..
Atau lakaran fikiran..

Sedang ku berkira-kira
Iman datang menyapa
Hatimu atau fikiranmu?
Yang mana satu pilihanmu..

Jika ku pilih hatiku
boleh jadi ia cuma nafsu duniawi
Jika ku pilih fikiranku
boleh jadi ia cuma sebuah ilusi

Wahai imanku,
Diriku masih dalam dilema
Apa perlu ku mengikut kata hati
demi mengejar kebahagiaan diri
Atau..
Perlukah aku menurut fikiranku
agar hanya yang indah memenuhi hariku

Apa kau yakin dengan mengikut kata hatimu,
bahagia itu ada di dalam genggamanmu?
Apa kau yakin dengan menurut fikiranmu,
yang indah itu akan tercipta di setiap harimu?
Sungguh iman..
Persoalanmu itu membuatkan hatiku kembali pada yang lebih berhak
Persoalanmu itu menjadikan fikiranku terbuka pada hakikat yang sebenar

Yang mana satu pilihanku?
Ternyata aku memilihmu iman..
Kerana kau menjadi tunjang bagi hatiku jua akalku
Menuju cinta yang sejati dan abadi..


Friday, February 24, 2012

Don't Be So Complicated

To myself,
Please don't be so complicated on what is going on around you
As long as you know what is your responsibility toward The Almighty and others
As long as you know what you should do and should not do
As long as you do something for the goodness
As long as you do something to save your pride
Don't be so complicated..
Make your life as simple as you can but still in proper way



Once again i said..
Don't be so complicated!
Because sometimes this will make your life being difficult than the actual condition
Because sometimes you will make wrong decision than the right one
Then you will lose something that you would get at the beginning
Then you will lose the chance that you have during that time
Now you are going to regret and there is no point for you to regret anymore
So, please make your life as simple as you can but still in proper way..


>> but sometimes being complicated could save us from the wrong decision..

Sunday, November 13, 2011

Di Suatu Petang..


Ku lihat langitMu yang luas bersatu
Ku lihat awanMu berarak dihembus bayu
Dengan tidak semena hatiku menjadi sayu
Titisan jernih kini mula bertapak di pipiku

Sayu..
Sungguh sayu detik itu
Hatiku bagaikan runtuh seketika
Bagai dilanda ombak yang deras
Ku sendiri tidak tahu mengapa

Ku lihat langit
Ku renung awan
Kini ku mengerti akan kehidupan
Sukarnya diteruskan tanpa kekuatan
Lalu air mataku jatuh lagi tiada tertahan

Damainya langitMu yang biru
Sucinya awanMu seputih salju
Memberi ku rasa yang sukar diungkapkan
Hanya hatiku yang bersuara
Namun fikiranku entah ke mana

Kini ku masih lagi menatap langitMu
Mencari punca rasa yang bertamu
Puncanya kini sudah ku temu
Ku berserah hanya padaMu..


>>Tiada daya bagiku melainkan dengan kekuatan yang dikurniakan oleh-Mu Ya Rabb..


Sunday, October 16, 2011

Cerminan Diri



Di hadapan sekeping cermin yang menjadi bayangan

Berdirinya seorang insan menatap wajah yang kedinginan              
Sedingin embun yang membasahi bumi hijau di pagi hari
Jiwanya yang sukar mengerti dan sering jua disalah erti
Lalu ia menjauh dan pergi bukan kerana benci
Hanya berharap akan hadirnya sinar yang abadi..


Di saat cermin retak bersama kelukaan
Tersentak di pertengahan lamunan
Lenyap igauan yang menjadi impian
Terhakisnya kenangan yang menjadi ingatan
Biarkan ia berlalu melewati waktu
Segalanya pasti akan berakhir padaMu..

Mohonlah apa yang terbaik buat kita selain hanya memohon apa yang dikehendaki kerana apa yang dikehendaki belum tentu yang terbaik buat kita. Yakinlah kepadaNya yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Tuesday, August 30, 2011

Ku Yang Menanti..

Kepergianmu pasti ku rindui
Kepulanganmu akan ku nanti
Semoga diberi kesempatan buatku lagi
Untuk bertemu denganmu kembali..

Yang patah tumbuh yang hilang berganti
Kepergianmu kini dikurniakan dengan kehadirannya
Walaupun ku sedih ditinggalkan kau pergi
Namun kehadirannya ku sambut jua akhirnya..

Selamat kembali lagi Ya Ramadhan
Selamat menjelma kini Ya Syawal


Biarpun kepergian Ramadhan dirindui jua ditangisi
Namun ketibaan Syawal jangan pula dipandang sepi
Ramadhan dan Syawal punyai kelebihannya pasti
Itulah ia kurniaan dari Ilahi..

Bulan Ramadhan bulan penuh barakah
Bulan Ramadhan bulan yang mulia
Bulan di mana al-Quran diturunkan
Punyai malam lailatul qadar malam seribu bulan..

Bulan Syawal apa kurangnya
Bulan kemenangan ziarah-menziarah menyingkap sejarah
Antara sanak saudara kaum keluarga yang terpisah
Antara sahabat handai yang sekian lama sepi tanpa berita
Mengeratkan lagi silaturahim sesama manusia..

*****************************************************

 Ucapan OYM:
>Semoga diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan kembali dengan izinNya
>Salam Syawal..dan juga salam merdeka! yang ke-54..
>Berhati-hati ketika memandu atau menunggang kenderaan masa balik kampung
>Jangan main mercun ke meriam ke..bahaya tu..(OYM penat nak tutup telinga..sabar je lah)
>Kalau nak bagi duit raya apa salahnya..OYM ok je..haha =p
>Salam aidilfitri.. Maaf zahir & batin.. Moga segalanya baik-baik saja..

Friday, July 29, 2011

-Maafkanlah-


Bukan kuasa kita untuk menghukum
Bukan kuasa kita untuk menentukan
Bukan kuasa kita untuk membenci
Bukan kuasa kita untuk menyakiti
Kerana kita ini manusia biasa
Seorang hambaNya yang tiada sempurnanya

Seharusnya kita memberi peluang dan ruang
Seharusnya kita sentiasa menginsafi diri
Seharusnya kita saling menyayangi
Kerana kita di bawah satu rumpun yang sama
HambaNya yang hanya meminta
Sentiasa bergantung padaNya


.....maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertaqwa. (An-Najm: 32)


Kita sentiasa mengharapkan yang sempurna sedangkan belum tentu diri kita sendiri sempurna.. Kita sentiasa menginginkan yang sempurna sedangkan kita sendiri sedar tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Penciptanya Yang Maha Esa.. sebagaimana kata seorang ahli ilmu balaghah: "...sesungguhnya engkau selamanya tidak akan mendapatkan teman yang bersih tanpa kelemahan dan tidak pernah pula melakukan kesalahan. Oleh kerana itu, cerminlah pada dirimu sendiri sesudahnya; pertimbangkanlah dia dengan pandangan yang objektif; dan janganlah kamu menilainya dengan pandangan seenakmu..."


.....maka maafkanlah (mereka) dengan cara yang baik.
(Al-Hijr: 85)
*menurut Ali bin Abi Thalib maksud dari ayat di atas adalah redha tanpa mencela.

Setiap manusia itu pasti ada kelemahannya termasuklah diri  OYM sendiri.. ingatan dari OYM jangan hanya memandang kelemahan orang lain sedangkan diri sendiri juga turut tidak terlepas dari kelemahan tersebut umpama 'kuman yang beribu batu jauhnya tampak di mata, gajah yang hanya sejengkal tidak kelihatan' (ada ke perumpamaan ni, OYM pun tak pasti..tapi faham kan). Selalu orang akan sebut "kenapalah dia macam ni..kenapalah dia buat macam tu.." Pernahkah kita terfikir "patutkah aku begini.. patutkah aku begitu"..dalam erti kata yang lain renungi kelemahan  diri kita sendiri dan jangan hanya mencari kesalahan dan kelemahan orang lain. Pernahkah kita terfikir bagaimana jiwa mereka? Jawapannya tanyalah jiwa kita sendiri..


>> Saling maaf memaafkan adalah keperluan dalam kehidupan selagi diri bergelar manusia.. jangan menjadi 'orang yang kedekut' apabila maaf dipinta sedangkan dirinya sendiri suatu ketika pasti akan menagih kemaafan jua kerana seorang hambaNya pasti punya kekurangannya dan jangan pula menjadi 'orang yang angkuh' untuk memohon kemaafan kerana merasakan dirinya seorang yang mulia. Wallahu'alam.


>> OYM ucapkan selamat maaf memaafkan.. dalam erti kata lain 0-0 la ye.. lagipun tak lama lagi kita bakal menyambut ketibaan Ramadhan dan sementelahan itu Syawal pula bakal menjelma (yang penting puasa dulu, jangan asyik ingat nak raya je..).


Salam Ramadhan.. peace no war ok! so, 0-0
Untuk itu, jangan lupa memaafkan & minta maaf dari OYM ye..haha =p
Terima kasih OYM ucapkan atas segalanya.. (^_^)


Friday, July 1, 2011

Blame On Me..but Life Goes On

When the sun lose it shiny..
Make your heart become bloody..
When the cloud was cloudy..
Make your mind almost crazy..

Then you begin to cry, cry and cry..
What.. how.. and why..???
Don’t be so worry because whatever happen,
You have to believe that there must be a reason..


**************************************************
Kehidupan pastinya ada ketika akan didatangi kehampaan. Kecewa dengan kegagalan yang datang dari kelalaian diri. Kehampaan itu membawa diri kepada kelemahan. Kehampaan itu membuatkan diri hilang kewarasan. Ia membuatkan hati bagaikan kaca yang terhempas berkecai menjadi serpihan-serpihan pilu. Serpihan pilu yang menyelubungi segenap tubuh menjadikan diri terkaku terpaku bersama jiwa yang menjadi kosong secara tidak langsung. Hari yang cerah bagaikan diselubungi awan gelap kelabu.. mentari yang menyinari alam bagai kehilangan cahayanya.. hati yang tenang menjadi gundah dengan tidak semena.. itulah penangan kegusaran bagi orang yang hanyut dalam kekecewaan diri. I’m really disappointed with myself.

Sukar menenangkan hati tatkala itu. Biarpun begitu, hati bersyukur kerana ditemukan dengan buku karangan Syed Alwi Alatas, ‘Bila ALLAH Menduga Kita’..ia mengandungi kisah yang menjadi teladan.. melihatnya sahaja menjadikan hati kembali tenang biarpun buat seketika..apatah lagi apabila dibaca pengisiannya sungguh bermakna..Insya-Allah, hati yang kecewa resah kembali normal walaupun pada awalnya bagaikan dilanda ribut taufan..ia menyedarkan bahawa kelukaan yang dialami bukanlah separah  atau seteruk apa yang dibayangi dan tidak pula setanding dengan keperitan yang ditanggung oleh saudara yang lain. Jangan kerana hati yang disakiti, jiwa yang kecewa dek kerana peristiwa semalam mengorbankan hari ini, esok dan hari-hari yang seterusnya. Di hari yang datang, siapa tahu sinar pula yang bakal menjelma. Tabahkan hati menghadapi segalanya. Thankful that you’re here.

Kehidupan umpama pasang surutnya air laut yang menghempas pantai.. langit yang tidak selalunya cerah pasti ada ketikanya menitiskan hujan yang mencurah ke lantai bumi.. begitulah juga dengan kehidupan ini, tidak hanya didominasi dengan keindahan hidup tanpa kekangan yang menjadi dugaan. Dugaan jangan dipandang buruk kerana jika kita jalaninya dengan keterbukaan hati dan minda pastinya akan menjadi sesuatu yang indah nanti. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dugaan hidup itu mengajar erti ikhlas dan sabar walaupun ianya amat pahit untuk ditelan. Ambillah ia sebagai satu pengajaran buat diri yang alpa. My heart please listens to me.

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum kami menciptakannya, sesungguhnya demikian itu adalah mudah bagi Allah.” [al-Hadiid:22]
Percayalah setiap sesuatu yang berlaku itu adalah takdir dari-Nya tetapi janganlah menyalahkan takdir dengan sewenang-wenangnya kerana diri kita juga bertanggungjawab atas apa yang telah atau akan berlaku dan yang paling penting kita harus beringat bahawa Pencipta kita juga turut memainkan peranan dalam takdir hidup ini kerana Dia lebih mengetahui akan baik buruknya sesuatu itu kepada diri setiap hamba-Nya. Oleh itu, adakah wajar untuk diri ini terus hanyut dalam kegagalan sedangkan berkemungkinan kegagalan itu menjadi jalan menuju kejayaan? Put your trust in Allah.

******************************************************
Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah dan pada masing-masing terdapat kebaikan. Raihlah apa yang bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah dan jangan bersikap lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu, jangan berkata, “andai saya berbuat begini pasti akan begitu.” Tapi katakanlah, “Allah telah mentakdirkannya dan apa yang dikehendaki-Nya pasti terjadi.” Kerana sesungguhnya kata ‘seandainya’ membuka perbuatan syaitan. [Hadis Riwayat Muslim]
******************************************************
Seandainya keburukan masa kini lebih dikenang berbanding kebaikan yang mendatang maka hilanglah pertimbangan, sedangkan di sebalik satu keburukan itu boleh jadi tersembunyi seribu kebaikan di dalamnya. Seharusnya selagi ada peluang, selagi ada ruang jangan dipersiakan.. jangan pernah hanyut dengan kegagalan yang bukan bererti berakhir segalanya.. teruskan selagi berdaya, teruskan selagi bernyawa. Jangan pernah berputus asa.. jangan pernah menyeksa diri dengan apa yang telahpun berlaku. Teruskanlah perjalanan, pandanglah ke hadapan. Andai peluang hadir untuk memperbaiki kesilapan masa lalu janganlah bertangguh.. ambillah peluang itu sebelum ianya benar-benar hilang. Let aja aja fighting again!

******************************************************
“…barang siapa yang menyabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya seorang yang sabar…”
[Hadis Riwayat Bukhari]
******************************************************
Seboleh-bolehnya redhalah walau apapun yang terjadi.. kerana dengan keredhaan, diri  mampu mengurangkan beban yang ditanggung dengan keikhlasan dan kesabaran hati menerima ketentuan-Nya, di samping dapat mengelakkan diri daripada terus-terusan bersedih sehingga membahayakan kesihatan dan nyawa sendiri. Kesedihan hanya akan menyulitkan lagi keadaan yang sedia ada. Cubalah untuk bersabar.Try  to do not be sad too much because this will hurt yourself so much.

- As conclusion, be grateful on what we get and be patience on what we have to face -


Sunday, April 10, 2011

'Dia' Datang Lagi!

'dia' meresahkan jiwa yang telah sedia gundah gulana
'dia' menyesakkan fikiran yang senantiasa memikirkan
Di sebalik keresahan pasti ada kedamaian
Di sebalik kekalutan pasti ada ketenangan

Kadang ku hampir berputus asa untuk menghadapi 'dia'
Kadang ku rasa cemas yang tiada hentinya apabila hampir saat berhadapan dengan 'dia'
Namun ku sedar 'dia' harus jua ku tempuhi walau tanpa kerelaan
Namun ku tahu kepentingan 'dia' untukku demi masa depan
Ku harus mempersiapkan diri agar 'dia' tidak ku sia-siakan
Ku harus merancang kini sekiranya kebahagiaan bersama 'dia' ku harapkan

'dia' bakal membawa sinar bahagia dalam hidupku
'dia' juga bakal menghurung derita pada diriku
Bahagia atau derita.. yang mana menjadi pilihan kalbu
Terpulang pada diriku..

-Gagal merancang bermakna kita merancang untuk gagal-

**************************************************

Semangatku kian luntur
Keyakinanku kian pudar
Diriku seolah tiada sedar
Dek kerana kerinduan pada tempat bersandar

Tumpuanku melayang entah ke mana
Di saat hati dihambat rindu
Rindu pada ayah dan bonda
Menguatkan rasa ingin bertemu

Nampaknya tanda-tanda demam exam sudah mula bertapak..
Menjadi suatu kemestian pada orang yang menaip ni untuk pulang ke rumah..

Bayangkan, fokus tiada.. umpama tiada bermaya.. sehingga tiada apa yang dapat dilakukan selain hanya termenung mengenang kampung halaman dari kejauhan..

Jelas diri ini mengalami penyakit 'homesick'.. bahaya kalau dibiarkan tambah-tambah lagi final exam dah semakin hampir di garisan permulaan..
Penyelesaiannya cuma satu >> jom kita balik rumah!

Pabila final exam bakal menjelma
Study week juga turut tiba
Akan ku manfaatkan peluang yang ada
Mengisi semangat yang hilang dari jiwa

Balik rumah bukan sebarang balik.. balik beserta hajat di hati..
Meleraikan segala kekusutan.. melepaskan segala apa yang terpendam.. mengisi semula semangat diri yang hampir nyawa-nyawa ikan.. yang paling penting melepaskan kerinduan yang semakin hari semakin menebal pada mak dan ayah.. berkongsi suka duka kehidupan yang tidak sempat ku khabarkan kepada mereka kerana tiada rahsia antara diriku dan mereka.. sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara, baik ataupun buruk semuanya dalam pengetahuan mereka.. walau apapun diriku pasti DIA lebih mengetahui segalanya.

-Semoga diriku menemui ketenangan yang dicari dan keberkatan yang diharapkan-

Kerinduan semakin bercambah apabila mendengar lagu ibu yang disarankan oleh seorang hawa kepada diriku.. Jom kita dengar sama-sama..


***************************************************

Buat sahabat-sahabat yang bakal bertarung bersama diriku untuk menghadapi 'dia' yang telah aku perkatakan sebentar tadi.. renungkanlah bait-bait kata berikut..

Jika kita fikir kita boleh.. kita pasti boleh melakukan yang terbaik.. Insya-Allah

-Semoga kejayaan bersama kita-
Usaha-Doa-Tawakal

" Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal kepada-Nya."
( Ali Imran:159 )

Thursday, March 31, 2011

Persahabatan Berlandaskan Takwa

-Buat Sahabat-Sahabatku-


Persahabatan akan berkekalan jika ianya berlandaskan takwa..
Kita selalu mengimpikan sahabat yang baik dan sentiasa berada di belakang kita walau apapun yang terjadi..

Namun  dalam mengharungi ranjau kehidupan yang penuh dengan ketidakpastian pasti suatu ketika tali persahabatan itu akan menjadi longgar dan goyah jua akhirnya.. (alangkah kecewanya rasa hati jika itu berlaku..)

Kecuali persahabatan yang berlandaskan takwa.. ia kekal ke akhir hayat..


Maafkan aku sekiranya aku bukan sahabat yang baik tetapi aku cuba untuk jadi yang terbaik

Maafkan aku sekiranya aku tidak seperti apa yang kamu harapkan kerana aku hanyalah aku yang tiada apa-apa untuk dibanggakan

Maafkan aku sekiranya selama ini aku pernah mengguris perasaan kamu walaupun adakalanya perasaan aku sendiri yang terguris dan aku tidak mampu bersuara dan hanya berdiam mungkin kerana aku bukan sahabat yang baik

Maafkan aku sekiranya kekurangan dan kelemahan yang ada dalam diriku membuatkan kamu merasa aku tidak layak dipanggil sebagai sahabat.. kekurangan dan kelemahan itu tidak dapat aku elakkan

Maafkan aku untuk segalanya..


****************************************************
Terima kasih kerana aku tahu kamu juga telah cuba menjadi sahabat yang baik dalam hidupku

Terima kasih atas jasa yang pernah kamu lakukan.. aku serahkan kepada-Nya untuk membalas segala kebaikan kamu

Terima kasih atas pengorbanan kamu ke atas diriku

Terima kasih sekiranya kamu sentiasa berada di sisi dalam apa jua keadaan

Terima kasih atas segalanya..

****************************************************


Seboleh-bolehnya aku turutkan segala kemahuan kamu kerana kamu sahabatku..
Namun berikanlah ruang kepada diriku untuk menjaga perasaanku sendiri..

Walaupun suatu hari nanti kamu akan berpaling daripada aku mungkin kerana kamu menemui sahabat yang lebih baik, lebih memahami, lebih prihatin pada kamu daripadaku..
Aku tetap menganggap kamulah sahabatku..

Jika ternyata suatu hari nanti kamu membelakangi aku.. tiada apa dapat aku katakan.. terpulanglah kepada kamu.. apa yang kamu fikirkan.. terserah..

Kerana pada aku sekali menjadi sahabat bermakna selama-lamanya adalah sahabat.

Saturday, March 26, 2011

Makan Angin.. Cuci Mata.. Bestnya!

Makan angin?
Yup.. makan angin.. kenapa?
Mana boleh makan angin..
Kenapa pula tak boleh?
Nak sentuh pun tak boleh macam mana nak makan angin..
Ya Rabbi.. maksud makan angin dekat sini macam jalan-jalan cari makan @ cuti-cuti Malaysia tu.. ada faham?
Ohoo.. faham sudah.. kalau macam tu nak join sekali boleh tak?
Ok je.. jom makan angin.. sambil tu boleh cuci mata..


Cuci mata?.. tak baik tahu tak..
Eh, kenapa pula tak baik?..
Tu nak cuci mata tu mesti tengok apa-apa yang tak baik.. so, kira tak baik la..
Astaghfirullah miss confuse ni.. itu buat sakit mata saja..
Habis tu?
Cuci mata melihat keindahan alam ciptaan Tuhan..
Kalau yang itu.. thumbs up!

* Alahai miss confuse.. orang yang menaip ni pun jadi confuse sudah! 

****************************************************
Dialog bersama miss confuse tadi sekadar selingan saja.. *malas nak layan miss confuse lagi..goodbye!

Sebenarnya ada yang lagi penting ni.. sebenarnya.. sebenarnya.. orang yang menaip ni nak kata yang dia dah lama tak pergi jalan-jalan makan angin.. Walaupun dihimpit dengan pelbagai tugasan yang menyesakkan fikiran, masih sempat lagi nak fikir tentang makan angin ke??.. Bukannya apa, waktu stress ni la rasa nak tenangkan fikiran.. Kalau nak tenangkan fikiran mesti terbayangkan tempat-tempat indah lagi menawan.. Tambahan lagi di negara kita ni macam-macam tempat menarik lagi tertarik yang ada..

Rasanya last time melancong ni masa form 5 kalau tak silap.. lama sangat-sangat dah tak pergi melancong (sebut melancong bunyinya macam jauh saja.. padahal jalan kaki pun boleh sampai).  Masa tu buat trip ke Melaka bersama-sama group mentor-mentee (mentor-mentee ni kira macam study group dengan seorang guru yang menjadi pemantau dari segi akademik). Cikgu yang jadi mentor untuk group kami sangat baik. Dia bawa kami pergi zoo melaka, muzium samudera (maritim), pergi jusco makan-makan, pergi muzium lebah.. paling-paling diingati sambut hari lahir diriku di dalam kereta kerana kesuntukan waktu.. sedar tak sedar waktu amat menceburui kami di saat itu..

Ini dia pintu masuk zoo Melaka.. Ingat lagi waktu tu cikgu bayarkan tiket masuk untuk kami bertujuh..cikgu kata dia belanja.. baik kan..*agak mahal.. terima kasih cikgu!


 Hah.. yang ini pula gambar antara haiwan-haiwan yang ada kat zoo Melaka.. macam-macam ada.. *adakah haiwan-haiwan ini merindui diri ini?.. haha.. yelah, dah lama tak datang melawat mereka.. 


Selepas melawat haiwan-haiwan kat zoo ni kami meneruskan perjalanan ke muzium samudera yang berbentuk kapal.. *seperti gambar di sebelah kiri ni..


Waktu kemuncak di mana perut menyanyikan lagu keroncongnya pun tiba.. bincang-bincang seterusnya meneruskan pencarian makanan
di Jusco.. *dah tak ingat dah order apa masa tu ek?.. tapi seingat diriku kat situ tempat beli kek tu.. hehe *kek tu cantik.. tapi sayang gambar kek sebenar tiada dalam simpanan..


Seterusnya meneruskan perjalanan ke muzium lebah.. mula-mula tak terfikir pun tentang muzium lebah ni.. ingatkan terus nak sambut birthday kat mana-mana perhentian.. tiba-tiba muncul idea ke muzium lebah.. agak menarik.. kat situ ada tunjukkan pelbagai spesies lebah..

Habis sesi lawatan agak lewat.. tak sempat untuk singgah di mana-mana.. jadinya sambut birthday dalam kereta cikgu.. apa-apa pun tetap meriah!

* Tak berapa sure betul ke susunan perjalanan ni.. sebab dah hampir 3 tahun lebih ianya berlalu.. tapi yang pasti memang pasti tempat-tempat tersebut telah pun dikunjungi.. =p

****************************************************

Banyak lagi tempat-tempat menarik yang belum dikunjungi.. Terasa teringin nak jalan-jalan tepi pantai.. lama dah tak pergi pantai yang beralaskan pasir menghadap laut yang luas terbentang bersama deruan ombak yang beralun serta tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa.. alangkah indahnya suasana yang sebegitu.. rasanya semua ketensionan yang ada bagaikan luruh satu persatu..

Kali terakhir di tepi pantai yang indah masa zaman sekolah menengah dulu.. itu pun sebab ada kem motivasi kat Mutiara Motor Resort, Tanjung Sedeli, Johor.. masa sekolah rendah pun sekali rasanya, ni sebab perkhemahan untuk unit beruniform kat Pahang.. selepas-selepas itu langsung tak jejak pantai dah..


Antara pantai terindah yang belum dan ingin dikunjungi suatu hari nanti:

Pantai di Pulau Langkawi.. cantiknya!

 
Pulau Sipadan..nun dekat Sabah sana.. entah bila tahun la nak sampai ke sana..

Water Village Resort, Pulau Sipadan

Keindahan alam ciptaan-Nya.. Sesungguhnya sememangnya indah lagi menenangkan!

****************************************************

Jauh perjalanan luas pemandangan
Luas pemandangan luas pengetahuan


Lihatlah ciptaan Tuhan dengan mata hatimu
~Semoga duniamu berseri~



Saturday, March 19, 2011

Sabarlah Duhai Hati..

Sabar.. Sabar.. Sewaktu darah memuncak, kesabaran menghilang.. Dimanakah tercampaknya kesabaran itu.. Sedarkah kita sewaktu itu??.. Jika diturutkan api kemarahan rasanya tahap kesedaran yang ada amat nipis senipis kulit bawang la katakan.. Sememangnya marah adalah perasaan yang sedia ada di dalam diri ini.. Namun patutkah kita memberi laluan kepadanya untuk terus bertakhta di sanubari ini..

Jangan engkau mudah marah
Memang adakalanya perasaan marah sangat sukar dikawal.. Apabila marah merajai hati, kewarasan diri kian pudar.. Apabila marah menguasai diri, segala tindakan di luar sistem kawalan (out of control).

Perasaan marah menular ke dalam diri tanpa segan silu..
Begitu mudah ia hadir tetapi mengapa ia sukar untuk pergi..
Mungkin kerana diri ini yang sukar untuk melepaskannya..
Mungkin juga kerana had kesabaran yang terbatas..
Betapa lemahnya diri ini..

Kawallah ia selagi mampu dikawal.. Bendunglah perasaan itu sebelum ia menjadi semakin parah.. Ikutkan rasa binasa, ikutkan hati mati..
Sememangnya terlalu menurut kata hati boleh membawa padah (berdasarkan pengalaman sendiri).



-Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar-

*Bukan sekadar kata-kata malah sebagai satu peringatan kepada diriku sendiri yang sememangnya lemah dan tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan..