Welcome To Neutral Nature

Wednesday, October 10, 2012

Sahabat Sejati




Kadangkala jarak memisahkan kita

Kadangkala waktu mencemburui kita

Kadangkala keadaan merenggangkan kita

Kadangkala dugaan menguji kita..


Zahirnya terlihat bagaikan jauh membawa haluan sendiri

Naluri tetap membisikkan sahabat hingga ke akhir garisan

Jangan pernah pergi andai dirimu sahabat sejati

Melainkan sudah ketentuan Ilahi..


Ku tidak mampu untuk sentiasa hadir di sisimu sahabat..

namun ku sentiasa percaya engkaulah sahabat sejatiku..

Semoga dirimu sentiasa dirahmati-Nya duhai sahabat..

Bahagia di dunia dan akhirat..


# ana uhibbuki fillah abadan abada..InsyaAllah.. =) 


Saturday, September 1, 2012

Jika Benar Cinta


Berbicara tentang cinta.. 
Semoga cinta itu adalah cinta kerana-Nya..

Cinta kerana-Nya...

Cinta kerana-Nya sentiasa memberi kekuatan dalam diri untuk terus tabah bertahan menjaga hati di kala hati membisikkan kata cinta dan rindu padanya yang bukan milik diri.

Cinta kerana-Nya juga sentiasa mengharapkan keredhaan-Nya, maka jarak telah dicipta bukan untuk menolak fitrah insani tetapi untuk mempertahankan kesucian cinta itu sendiri.

Cinta kerana-Nya tidak mudah untuk diungkapkan, kerana cinta itu tersembunyi di sebalik hati yang sentiasa mengharapkan redha-Nya..melainkan telah tiba waktu yang sebenar waktu untuk dinyatakan.

Cinta kerana-Nya sentiasa mengharapkan jalan yang terbaik untuk cinta itu disimpulkan menjadi cinta yang halal..

Cinta kerana-Nya sentiasa menuntut diri untuk memelihara cinta itu dari tercemar dengan bisikin nafsu semata kerana di situ terletaknya ketulusan dan ketelusan diri demi sebuah cinta yang suci..

Cinta kerana-Nya tidak mengharapkan balasan, sebaliknya bersedia menerima segala ketentuan. Biarpun pahit terasa namun manisnya tetap ada.



>>Bawalah cinta kerana-Nya kepada jalan-Nya bersama redha-Nya..insya-Allah bahagia hingga ke Syurga..


jika benar ini cinta,
biarlah benar pada caranya,
tepat pada masanya,
hadir dalam redha-Nya..

Jangan sampai fitrah menjadi fitnah
Jangan sampai urusan menjadi alasan
Jangan sampai yang salah menjadi benar
Sesungguhnya NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA

Cinta itu boleh jadi satu kurniaan, ia juga boleh jadi satu ujian buat kita..
Sekian, semoga dikurniakan 'cinta sebenar cinta' dari-NYA..

Sunday, June 17, 2012

Mana Satu Pilihanmu..

Hatiku membisikkan sesuatu
Akalku membuat perhitungan
Antara kemahuan hati..
Atau lakaran fikiran..

Sedang ku berkira-kira
Iman datang menyapa
Hatimu atau fikiranmu?
Yang mana satu pilihanmu..

Jika ku pilih hatiku
boleh jadi ia cuma nafsu duniawi
Jika ku pilih fikiranku
boleh jadi ia cuma sebuah ilusi

Wahai imanku,
Diriku masih dalam dilema
Apa perlu ku mengikut kata hati
demi mengejar kebahagiaan diri
Atau..
Perlukah aku menurut fikiranku
agar hanya yang indah memenuhi hariku

Apa kau yakin dengan mengikut kata hatimu,
bahagia itu ada di dalam genggamanmu?
Apa kau yakin dengan menurut fikiranmu,
yang indah itu akan tercipta di setiap harimu?
Sungguh iman..
Persoalanmu itu membuatkan hatiku kembali pada yang lebih berhak
Persoalanmu itu menjadikan fikiranku terbuka pada hakikat yang sebenar

Yang mana satu pilihanku?
Ternyata aku memilihmu iman..
Kerana kau menjadi tunjang bagi hatiku jua akalku
Menuju cinta yang sejati dan abadi..


Sunday, April 22, 2012

Hanya Mampu Pasrah

Kehendak hati tidak ku suarakan
Kemahuan diri tidak ku turutkan
Kerana ini bukan masanya
Kerana ini bukan caranya

Dalam pasrah ada sendu bertamu
Bukan mudah untuk terus begini
Namun ku tetap membiarkan begini
Kerana ku rasa inilah jalan terbaik di ketika ini

Ku pasti sejauh mana jarak memisahkan
Seberapa lama sekalipun waktu berlalu
Seandainya ikatan antara kita masih kuat
Pasti akan bertemu dengan izin-NYA

Namun sekiranya sebaliknya yang terjadi
Jujur ku katakan diri ini pasti akan kecewa
Jujur ku katakan hati ini terasa sakit sekali
Kerana ku manusia biasa yang punya hati dan perasaan

Jika sudah begitu suratan takdir
Akan ku muhasabah diri ini
Agar segala yang terjadi
Dapat ku terima dengan hati yang redha..

Ya Allah, ikhlaskan hatiku dalam setiap ketentuan-Mu
Semoga dapat ku jalani takdir hidup ini seadanya..


Friday, February 24, 2012

Don't Be So Complicated

To myself,
Please don't be so complicated on what is going on around you
As long as you know what is your responsibility toward The Almighty and others
As long as you know what you should do and should not do
As long as you do something for the goodness
As long as you do something to save your pride
Don't be so complicated..
Make your life as simple as you can but still in proper way



Once again i said..
Don't be so complicated!
Because sometimes this will make your life being difficult than the actual condition
Because sometimes you will make wrong decision than the right one
Then you will lose something that you would get at the beginning
Then you will lose the chance that you have during that time
Now you are going to regret and there is no point for you to regret anymore
So, please make your life as simple as you can but still in proper way..


>> but sometimes being complicated could save us from the wrong decision..

Wednesday, February 22, 2012

..Kembali..

Debar di hati terasa deras degupnya
Cabaran yang menampar pedih tiada terkira
Turut mengundang gemuruh di jiwa 
Apa mungkin mampu ku tempuh setiap gelora
Sehingga ke penghujung jalannya?




Selamat kembali.. kembali mempertahankan perjuanganmu.. kembali untuk meneruskan apa yang telah dirimu mulakan.. kembali meneruskan perjalananmu.. perjalanan yang semakin mencemaskan ku kira.. perjalanan yang semakin berliku walaupun destinasinya hampir tiba.. Selamat kembali Faridah!

Apapun yang terjadi di masa lalu, kini dan seterusnya..
Ku harap tabahlah wahai jiwa!

Catatan: hampir seminggu bersama semester baru-sem 6. Debar di hati usah dikata.. 

             

Sunday, January 15, 2012

Hati yang Pasrah

hati yang pasrah bersama impian
hati yang pasrah membawa harapan

assalamualaikum..
Alhamdulillah..masih lagi berkesempatan mencoretkan kata di laman yang lama kutinggalkan..rindu hendak mencoretkan sesuatu di laman ini setelah lama menyepi..

Sepanjang dua minggu ni OYM sibuk dengan final exam..final exam oh final exam, tamatlah riwayatmu hari ini tepat pukul 4 petang tadi..(untuk sem ni ye). Tetiba rasa seram pulak..seram dengan result yang bakal kutatapi..mintak-mintaklah ku tidak meratapinya..ada bezanya antara menatap dan meratap walaupun bunyinya hampir-hampir sama je..so? So, biarlah menatap daripada meratap (tak sanggup tau).

Seperti biasa, habis je final exam bermulalah cuti semester..(so apa lagi, jom balik rumah). Bila cerita bab balik rumah, rasa seram pun hilang kan. Tetiba pulak rasa dunia ini ana yang punya (astaghfirullah..lebih dah tu). Ingat..ingat..apa-apapun kena la bersederhana, tak kira la masa kita suka ke ataupun masa kita berduka. Sederhanalah dalam segalanya jangan sampai melampau batas..ok!

Konklusinya, dengan kepasrahan, hati ini belajar menerima kenyataan sebelum masanya..agar diri bersedia menghadapi apa pun jua hakikat yang bakal menyusul tiba.. Semoga segalanya baik-baik sahaja. insya-Allah..takkan lari gunung dikejar(erk? apakah?). Eh, maaf maaf silap..patutnya dimana ada kemahuan di situ ada jalan (hah yang ni baru betul). Selagi belum sampai waktunya(result keluar), selagi itu kita perlu berusaha dan jangan lupa doa dan tawakal. Pasrah.

Ok lah, tak rasa nak bercerita panjang sebab hati dah berbunga-bunga nak balik rumah kan kan..doakan OYM selamat tiba rumah ye. Insya-Allah kalau panjang umur jumpa lagi di lamanku ini..

Take care semua! Sekian, wassalam.

p/s: Maaf atas segala kekurangan atau kesilapan dalam entry ni..yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari insan yang tiada sempurnanya ini..wallahualam..