Welcome To Neutral Nature

Monday, April 22, 2013

MASIH DI SINI

Assalamu'alaikum..
lama rasanya OYM tak menaip di ruangan ini..sekarang ni OYM berada di semester akhir
Allah..banyak perkara yang berlaku sepanjang semester akhir ni. Dugaan semakin berombak-ombak. sehinggakan hampir semua cuti terpaksa diabaikan. Dahsyat!

Di saat ini..ketika ini..OYM masih berada di sini (dalam makmal). OYM berharap sangat dapat siapkan projek akhir ni secepat mungkin dan dengan jayanya..

Adakalanya OYM tiap kali merungut dengan segala bagai perkara yang terjadi..namun OYM sedar walau bagaimanapun kita harus bersyukur dengan nikmat yang masih kita punyai dan bersabar dengan setiap dugaan yang menimpa..Muhasabah diri itu penting supaya kita tidak mudah berputus asa dalam hidup ini.

Berikut adalah penawar buat hati dan diri ini yang hampir lemas dengan tuntutan dunia:
Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya balasan pahala yang besar diperoleh melalui ujian yang besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya. Sesiapa yang redha menerima ujian Allah, maka baginya keredhaan-Nya. Dan sesiapa yang kecewa menerimanya, nescaya ia akan menerima kemurkaan-Nya."

"Sekiranya Allah menginginkan kebaikan untuk seseorang itu, Allah akan mengujinya dengan kesusahan"
(Hadis Riwayat al-Bukhari)


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bahawa Allah Azzawajalla berfirman: 'Aku hanya mengikut sangkaan hamba-Ku sahaja. Kalau ia bersangka baik kepada-Ku, Aku pun akan berbuat begitu. Kalau ia bersangka buruk kepada-Ku, Aku pun akan berbuat begitu terhadapnya."



Doakan yang terbaik buat OYM. Moga segalanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah. Aamiin..


Tuesday, January 1, 2013

Bahagia Dalam Redha-Nya

Assalamu'alaikum..

kegagalan bukan bermakna kita tidak berhak untuk berjaya
kekecewaan bukan bermakna kita tidak berhak untuk bahagia

siapa tahu..
kegagalan itu sebenarnya adalah jalan sebelum kita bertemu kejayaan
siapa tahu..
kekecewaan itulah yang akan membawa kita kepada 'bahagia yang sebenar-benar bahagia'

dan..
apa maknanya kejayaan andai tanpa keberkatan dari-Nya
juga..
apa maknanya kebahagiaan andai tanpa keredhaan dari-Nya

walau apa jua yang kita lakukan biarlah keredhaan-Nya menjadi keutamaan
dengan redha-NYA,
kejayaan itu merupakan satu anugerah
kebahagian itu juga adalah satu anugerah
dan janganlah kamu melampaui batas..

gembiralah untuk sekadarnya..
kerana hidup ini bukan hanya untuk bersuka ria
menangislah untuk sekadarnya..
kerana pasti akan ada sinar bahagia
dan janganlah kamu melampaui batas..

semoga setiap kebahagiaan yang hadir dalam hidupku ditemani dengan redha-MU
dan semoga setiap kejayaan yang singgah dalam hidupku mendapat keberkatan dari-MU

bahagia yang sebenar-benar bahagia-------->> BAHAGIA DALAM REDHA-NYA  :)

*salam tahun baru 2013

Wednesday, October 10, 2012

Sahabat Sejati




Kadangkala jarak memisahkan kita

Kadangkala waktu mencemburui kita

Kadangkala keadaan merenggangkan kita

Kadangkala dugaan menguji kita..


Zahirnya terlihat bagaikan jauh membawa haluan sendiri

Naluri tetap membisikkan sahabat hingga ke akhir garisan

Jangan pernah pergi andai dirimu sahabat sejati

Melainkan sudah ketentuan Ilahi..


Ku tidak mampu untuk sentiasa hadir di sisimu sahabat..

namun ku sentiasa percaya engkaulah sahabat sejatiku..

Semoga dirimu sentiasa dirahmati-Nya duhai sahabat..

Bahagia di dunia dan akhirat..


# ana uhibbuki fillah abadan abada..InsyaAllah.. =) 


Saturday, September 1, 2012

Jika Benar Cinta


Berbicara tentang cinta.. 
Semoga cinta itu adalah cinta kerana-Nya..

Cinta kerana-Nya...

Cinta kerana-Nya sentiasa memberi kekuatan dalam diri untuk terus tabah bertahan menjaga hati di kala hati membisikkan kata cinta dan rindu padanya yang bukan milik diri.

Cinta kerana-Nya juga sentiasa mengharapkan keredhaan-Nya, maka jarak telah dicipta bukan untuk menolak fitrah insani tetapi untuk mempertahankan kesucian cinta itu sendiri.

Cinta kerana-Nya tidak mudah untuk diungkapkan, kerana cinta itu tersembunyi di sebalik hati yang sentiasa mengharapkan redha-Nya..melainkan telah tiba waktu yang sebenar waktu untuk dinyatakan.

Cinta kerana-Nya sentiasa mengharapkan jalan yang terbaik untuk cinta itu disimpulkan menjadi cinta yang halal..

Cinta kerana-Nya sentiasa menuntut diri untuk memelihara cinta itu dari tercemar dengan bisikin nafsu semata kerana di situ terletaknya ketulusan dan ketelusan diri demi sebuah cinta yang suci..

Cinta kerana-Nya tidak mengharapkan balasan, sebaliknya bersedia menerima segala ketentuan. Biarpun pahit terasa namun manisnya tetap ada.



>>Bawalah cinta kerana-Nya kepada jalan-Nya bersama redha-Nya..insya-Allah bahagia hingga ke Syurga..


jika benar ini cinta,
biarlah benar pada caranya,
tepat pada masanya,
hadir dalam redha-Nya..

Jangan sampai fitrah menjadi fitnah
Jangan sampai urusan menjadi alasan
Jangan sampai yang salah menjadi benar
Sesungguhnya NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA

Cinta itu boleh jadi satu kurniaan, ia juga boleh jadi satu ujian buat kita..
Sekian, semoga dikurniakan 'cinta sebenar cinta' dari-NYA..

Sunday, June 17, 2012

Mana Satu Pilihanmu..

Hatiku membisikkan sesuatu
Akalku membuat perhitungan
Antara kemahuan hati..
Atau lakaran fikiran..

Sedang ku berkira-kira
Iman datang menyapa
Hatimu atau fikiranmu?
Yang mana satu pilihanmu..

Jika ku pilih hatiku
boleh jadi ia cuma nafsu duniawi
Jika ku pilih fikiranku
boleh jadi ia cuma sebuah ilusi

Wahai imanku,
Diriku masih dalam dilema
Apa perlu ku mengikut kata hati
demi mengejar kebahagiaan diri
Atau..
Perlukah aku menurut fikiranku
agar hanya yang indah memenuhi hariku

Apa kau yakin dengan mengikut kata hatimu,
bahagia itu ada di dalam genggamanmu?
Apa kau yakin dengan menurut fikiranmu,
yang indah itu akan tercipta di setiap harimu?
Sungguh iman..
Persoalanmu itu membuatkan hatiku kembali pada yang lebih berhak
Persoalanmu itu menjadikan fikiranku terbuka pada hakikat yang sebenar

Yang mana satu pilihanku?
Ternyata aku memilihmu iman..
Kerana kau menjadi tunjang bagi hatiku jua akalku
Menuju cinta yang sejati dan abadi..