Welcome To Neutral Nature

Friday, July 29, 2011

-Maafkanlah-


Bukan kuasa kita untuk menghukum
Bukan kuasa kita untuk menentukan
Bukan kuasa kita untuk membenci
Bukan kuasa kita untuk menyakiti
Kerana kita ini manusia biasa
Seorang hambaNya yang tiada sempurnanya

Seharusnya kita memberi peluang dan ruang
Seharusnya kita sentiasa menginsafi diri
Seharusnya kita saling menyayangi
Kerana kita di bawah satu rumpun yang sama
HambaNya yang hanya meminta
Sentiasa bergantung padaNya


.....maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertaqwa. (An-Najm: 32)


Kita sentiasa mengharapkan yang sempurna sedangkan belum tentu diri kita sendiri sempurna.. Kita sentiasa menginginkan yang sempurna sedangkan kita sendiri sedar tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Penciptanya Yang Maha Esa.. sebagaimana kata seorang ahli ilmu balaghah: "...sesungguhnya engkau selamanya tidak akan mendapatkan teman yang bersih tanpa kelemahan dan tidak pernah pula melakukan kesalahan. Oleh kerana itu, cerminlah pada dirimu sendiri sesudahnya; pertimbangkanlah dia dengan pandangan yang objektif; dan janganlah kamu menilainya dengan pandangan seenakmu..."


.....maka maafkanlah (mereka) dengan cara yang baik.
(Al-Hijr: 85)
*menurut Ali bin Abi Thalib maksud dari ayat di atas adalah redha tanpa mencela.

Setiap manusia itu pasti ada kelemahannya termasuklah diri  OYM sendiri.. ingatan dari OYM jangan hanya memandang kelemahan orang lain sedangkan diri sendiri juga turut tidak terlepas dari kelemahan tersebut umpama 'kuman yang beribu batu jauhnya tampak di mata, gajah yang hanya sejengkal tidak kelihatan' (ada ke perumpamaan ni, OYM pun tak pasti..tapi faham kan). Selalu orang akan sebut "kenapalah dia macam ni..kenapalah dia buat macam tu.." Pernahkah kita terfikir "patutkah aku begini.. patutkah aku begitu"..dalam erti kata yang lain renungi kelemahan  diri kita sendiri dan jangan hanya mencari kesalahan dan kelemahan orang lain. Pernahkah kita terfikir bagaimana jiwa mereka? Jawapannya tanyalah jiwa kita sendiri..


>> Saling maaf memaafkan adalah keperluan dalam kehidupan selagi diri bergelar manusia.. jangan menjadi 'orang yang kedekut' apabila maaf dipinta sedangkan dirinya sendiri suatu ketika pasti akan menagih kemaafan jua kerana seorang hambaNya pasti punya kekurangannya dan jangan pula menjadi 'orang yang angkuh' untuk memohon kemaafan kerana merasakan dirinya seorang yang mulia. Wallahu'alam.


>> OYM ucapkan selamat maaf memaafkan.. dalam erti kata lain 0-0 la ye.. lagipun tak lama lagi kita bakal menyambut ketibaan Ramadhan dan sementelahan itu Syawal pula bakal menjelma (yang penting puasa dulu, jangan asyik ingat nak raya je..).


Salam Ramadhan.. peace no war ok! so, 0-0
Untuk itu, jangan lupa memaafkan & minta maaf dari OYM ye..haha =p
Terima kasih OYM ucapkan atas segalanya.. (^_^)


Friday, July 1, 2011

Blame On Me..but Life Goes On

When the sun lose it shiny..
Make your heart become bloody..
When the cloud was cloudy..
Make your mind almost crazy..

Then you begin to cry, cry and cry..
What.. how.. and why..???
Don’t be so worry because whatever happen,
You have to believe that there must be a reason..


**************************************************
Kehidupan pastinya ada ketika akan didatangi kehampaan. Kecewa dengan kegagalan yang datang dari kelalaian diri. Kehampaan itu membawa diri kepada kelemahan. Kehampaan itu membuatkan diri hilang kewarasan. Ia membuatkan hati bagaikan kaca yang terhempas berkecai menjadi serpihan-serpihan pilu. Serpihan pilu yang menyelubungi segenap tubuh menjadikan diri terkaku terpaku bersama jiwa yang menjadi kosong secara tidak langsung. Hari yang cerah bagaikan diselubungi awan gelap kelabu.. mentari yang menyinari alam bagai kehilangan cahayanya.. hati yang tenang menjadi gundah dengan tidak semena.. itulah penangan kegusaran bagi orang yang hanyut dalam kekecewaan diri. I’m really disappointed with myself.

Sukar menenangkan hati tatkala itu. Biarpun begitu, hati bersyukur kerana ditemukan dengan buku karangan Syed Alwi Alatas, ‘Bila ALLAH Menduga Kita’..ia mengandungi kisah yang menjadi teladan.. melihatnya sahaja menjadikan hati kembali tenang biarpun buat seketika..apatah lagi apabila dibaca pengisiannya sungguh bermakna..Insya-Allah, hati yang kecewa resah kembali normal walaupun pada awalnya bagaikan dilanda ribut taufan..ia menyedarkan bahawa kelukaan yang dialami bukanlah separah  atau seteruk apa yang dibayangi dan tidak pula setanding dengan keperitan yang ditanggung oleh saudara yang lain. Jangan kerana hati yang disakiti, jiwa yang kecewa dek kerana peristiwa semalam mengorbankan hari ini, esok dan hari-hari yang seterusnya. Di hari yang datang, siapa tahu sinar pula yang bakal menjelma. Tabahkan hati menghadapi segalanya. Thankful that you’re here.

Kehidupan umpama pasang surutnya air laut yang menghempas pantai.. langit yang tidak selalunya cerah pasti ada ketikanya menitiskan hujan yang mencurah ke lantai bumi.. begitulah juga dengan kehidupan ini, tidak hanya didominasi dengan keindahan hidup tanpa kekangan yang menjadi dugaan. Dugaan jangan dipandang buruk kerana jika kita jalaninya dengan keterbukaan hati dan minda pastinya akan menjadi sesuatu yang indah nanti. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dugaan hidup itu mengajar erti ikhlas dan sabar walaupun ianya amat pahit untuk ditelan. Ambillah ia sebagai satu pengajaran buat diri yang alpa. My heart please listens to me.

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum kami menciptakannya, sesungguhnya demikian itu adalah mudah bagi Allah.” [al-Hadiid:22]
Percayalah setiap sesuatu yang berlaku itu adalah takdir dari-Nya tetapi janganlah menyalahkan takdir dengan sewenang-wenangnya kerana diri kita juga bertanggungjawab atas apa yang telah atau akan berlaku dan yang paling penting kita harus beringat bahawa Pencipta kita juga turut memainkan peranan dalam takdir hidup ini kerana Dia lebih mengetahui akan baik buruknya sesuatu itu kepada diri setiap hamba-Nya. Oleh itu, adakah wajar untuk diri ini terus hanyut dalam kegagalan sedangkan berkemungkinan kegagalan itu menjadi jalan menuju kejayaan? Put your trust in Allah.

******************************************************
Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah dan pada masing-masing terdapat kebaikan. Raihlah apa yang bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah dan jangan bersikap lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu, jangan berkata, “andai saya berbuat begini pasti akan begitu.” Tapi katakanlah, “Allah telah mentakdirkannya dan apa yang dikehendaki-Nya pasti terjadi.” Kerana sesungguhnya kata ‘seandainya’ membuka perbuatan syaitan. [Hadis Riwayat Muslim]
******************************************************
Seandainya keburukan masa kini lebih dikenang berbanding kebaikan yang mendatang maka hilanglah pertimbangan, sedangkan di sebalik satu keburukan itu boleh jadi tersembunyi seribu kebaikan di dalamnya. Seharusnya selagi ada peluang, selagi ada ruang jangan dipersiakan.. jangan pernah hanyut dengan kegagalan yang bukan bererti berakhir segalanya.. teruskan selagi berdaya, teruskan selagi bernyawa. Jangan pernah berputus asa.. jangan pernah menyeksa diri dengan apa yang telahpun berlaku. Teruskanlah perjalanan, pandanglah ke hadapan. Andai peluang hadir untuk memperbaiki kesilapan masa lalu janganlah bertangguh.. ambillah peluang itu sebelum ianya benar-benar hilang. Let aja aja fighting again!

******************************************************
“…barang siapa yang menyabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya seorang yang sabar…”
[Hadis Riwayat Bukhari]
******************************************************
Seboleh-bolehnya redhalah walau apapun yang terjadi.. kerana dengan keredhaan, diri  mampu mengurangkan beban yang ditanggung dengan keikhlasan dan kesabaran hati menerima ketentuan-Nya, di samping dapat mengelakkan diri daripada terus-terusan bersedih sehingga membahayakan kesihatan dan nyawa sendiri. Kesedihan hanya akan menyulitkan lagi keadaan yang sedia ada. Cubalah untuk bersabar.Try  to do not be sad too much because this will hurt yourself so much.

- As conclusion, be grateful on what we get and be patience on what we have to face -