Welcome To Neutral Nature

Tuesday, May 10, 2011

Sayonara..


Mulut bertutur menyatakan pasrah
hati juga turut akur menyerah
Namun terselit jua rasa kecewa
terpaksa berpisah tanpa rela 

Bibir menyapa dengan senyuman
sedangkan hati merintih kepedihan
Hati berbicara 'selamat tinggal teman'
sedang mereka tidak berketahuan

Pergiku tanpa perkhabaran
hilangnya diri tanpa terkesan
Akan ku tahan sebak yang kian bertakhta
agar tiada titisan yang terzahir di mata

Andai takdir sudah begitu
apa lagi yang harus di ragu
Yang ku pinta hanyalah satu
moga kita akan bertemu di lain waktu

Selamat tinggal teman
ku akhiri dengan salam

*****************************************************

I Have No Choice..

Sometimes we are not given a chance
Sometimes we have no choice

Just follow the flow
Most important put your trust in Allah

-Maybe there is something more better for us in the future that we do not know-


* Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

-Berharap semoga segalanya akan bertambah baik dari yang sebelumnya-


Monday, May 9, 2011

Di Sebalik Pengakhiran

Dihujani dengan pelbagai dugaan dan ujian..
Terpaksa menangguhkan saat yang dinantikan..
Bersendirian menempuh perjalanan..
Perjalanan yang diiringi terik mentari..
Bersama sepasang tapak kaki..


Telah aku gagahkan diri meniti suratan takdir ini
Telah aku kuatkan hati menghadapinya sendirian kini

Sering aku berbisik bahawa setiap ujian yang datang daripada-Mu adalah tanda sayang pada hamba-Mu ini.. Sejauh mana kesabaran ini dalam menghadapinya itulah kata kunci..

Namun tidak ku sangka akhirnya titisan jernih jua yang mengalir lesu di pipi.. Menjadi bukti sesungguhnya aku seorang insan yang lemah mengharapkan belas kasihan-Mu ya Illahi..

Tidak pernah ku kesal atas apa yang menimpa
Malah ku terima dengan hati terbuka
Cuma ada ketikanya dugaan-Mu ini meruntun jiwa
Hingga aku tiada berdaya

*Benar sesungguhnya tiada daya bagiku melainkan dengan kekuatan yang dikurniakan-Mu
Ku yakin mampu menghadapinya dengan keizinan-Mu..Insya-Allah

-Di saat mereka bersama keluarga tercinta.. aku masih di sini.. apa daya bagiku mungkin sudah suratan takdir buat diri ini-

Wednesday, May 4, 2011

! Masih Jauh !


Benar perjalanan hidup ini masih jauh
Masih dalam kesamaran
Masih jauh untuk menggapai impian
Bagaikan masih di tahap permulaan
Tidak begitu mudah untuk meneruskan perjalanan

Masih banyak liku-liku kehidupan yang harus ditempuhi
Jika dirasakan kehidupan kini tidak mampu dipikul lagi
Apatah lagi bebanan yang bakal timbul pada hari yang mendatang
Di dalam alam yang berbeza
Bersama rintangan yang semakin memberat sarat

Apa yang diharapkan agar segala urusan dipermudahkan-Nya
Apa yang dinantikan agar bersinar kehidupan di masa hadapan
Perjalanan yang panjang dan masih jauh harus sahaja diharungi
Kekadang terasa waktu begitu singkat
Hari berganti hari, dari bulan ke bulan hinggalah tahun ke tahun
Segalanya telah dijalani namun masih dalam kekaburan

Terasa banyak lagi yang belum dimengerti
Terasa banyak lagi yang perlu dipelajari
Terasa banyak lagi yang perlu diperbaiki
Terasa banyak lagi yang harus diredahi

Bersama tiupan angin yang dingin
Diriku terbang membawa haluan
Bersama deruan ombak di lautan
Diriku berlabuh mencari laluan
Dalam sebuah perjalanan
Perjalanan yang tiada kepastian

Peringkat demi peringkat perjalanan.. Tidak lengkap tanpa pengorbanan.. Tidak terasa tanpa cabaran.. Harus dijalani dengan kesediaan..Sehingga terkadang tersungkur di tengah perjalanan.. Terkadang dibuai lena dek kerana kelelahan.. Perjalanan yang kurasakan masih jauh

Bukan sesuatu yang mudah untuk meniti titian sebuah kehidupan.. Ia menuntut berganda-ganda ketabahan.. kesabaran.. kesungguhan.. Tidak cukup dengan itu, ia juga menuntut berkali-kali pengorbanan.. pengertian.. Adakalanya sebuah kehidupan dihujani dengan pelbagai persoalan.. tanda tanya yang mampu dirungkai atau sebaliknya menjadi sebuah misteri


Benar perjalanan hidup ini masih jauh.. tidak kunafikan.. masih terlalu dalam untuk diselami.. masih terlalu awal untuk ditafsirkan.. Allahu a'lam


Sunday, May 1, 2011

Senyum (^_^)

Senyum seindah suria
yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
duniamu berseri

Senyum umpama titian
dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
kemesraan menguntum

Bermula dari senyuman hilangnya rasa hiba.. bermula dari senyuman kehidupan dijalani dengan gembira bersama hati yang senang tanpa keraguan.. senyuman yang menghidupkan kembali cahaya diri yang hampir kelam.. percayalah senyuman yang terukir di bibir mampu melenyapkan kekusaman hati di samping meminimumkan kekelatan yang tampak di wajah..

Senyum itu umpama matahari yang menyinari alam ini
Senyum itu membuka lembaran baru yang menceriakan hari
Senyum itu membawa seribu makna dalam diri
Senyum itu mampu membawa hati yang lara pergi dari sisi

Senyuman yang manis bak gula kapas mampu memberi kesan yang positif bukan sahaja kepada diri malah orang yang berada di sekeliling kita.. tanpa kita sedari orang di sekeliling kita juga turut tersenyum.. teringat bait-bait kata dalam satu lagu yang berbunyi 'kalau saya senyum awak mesti senyum sekali, kalau kita senyum semua orang berjangkit, bila semua orang senyum dunia tiada penyakit'.. sudah pasti jika semua orang senyum hati kita juga turut gembira.. bila hati sentiasa gembira kesihatan diri pun akan turut terbela.. *sentiasa sihat dan ceria

******************************************************
Rahsia dan Kelebihan Pada Senyuman

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
" Senyum Itu Kelopak. Ketawa Itu Bunga Yang Sempurna Kembangnya".
******************************************************
Ketawa itu berpada-pada
Nak senyum sambil ketawa pun boleh.. tapi ingat-ingatlah akhirat.. maksudnya ketawa jangan terlalu over.. ketawa yang berlebihan boleh mematikan hati dan kita selalu dengar orang cakap "jangan ketawa lebih-lebih, nanti ilmu hilang.." (betul la tu..) *orang yang menaip ni pun bila dah ketawa hilang ingatnya.. usahlah begini kerana terlalu banyak ketawa dikhuatiri akan menangis di kemudian hari..
Teringat satu kisah di mana pada suatu hari orang yang menaip punyalah suka sangat sampai ketawa habis-habisan.. keesokannya harinya tidak semena-mena menangis teresak-esak pula.. masa tu barulah terfikir.. ni la padahnya terlalu suka sangat semalam.. nampaklah kat situ terlalu banyak ketawa akhirnya mengundang bencana *pengajaran buat orang yang menaip

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

Nabi Muhammad s.a.w melarang umatnya daripada tertawa yang melampaui batas. Ini kerana banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa terbahak-bahak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.
******************************************************
So, konklusinya jom kita senyum ramai-ramai.. dan bersederhana dalam ketawa.. *ketawa sikit je dah cukup.. jangan lebih-lebih ye.. (^_^)
Senyumlah walaupun hatimu disakiti.. senyumlah walaupun di pandang sepi.. senyumlah seikhlas hati..

-Kurangkan ketawa lebihkan senyuman-


p/s: kurangkan gula dalam minuman.. biarlah manis dalam setiap senyuman..