Welcome To Neutral Nature

Tuesday, March 15, 2011

Rindunya Zaman Sekolah!!..


I want to go back to school!
Tetiba saja rasa rindu pada alam persekolahan menusuk hati.. Zaman persekolahanku terlalu simple.. yang diriku tahu ketika itu hanyalah belajar belajar dan belajar.. Kehidupan yang penuh keskemaan rasanya.. Maka benarlah jika ada yang berkata kita kena hargai setiap detik yang dilalui kerana apabila kita sudah melangkah ke hadapan maka jangan haraplah masa yang lalu akan kembali.. Seandainya dapat ku undurkan masa.. tapi apakan daya.. Semuanya telah berlalu..

Kehidupanku di sekolah sebagai seorang pengawas sekolah.. Datang sekolah awal sebelum datangnya orang lain.. Selepas perhimpunan, tunggu pelajar-pelajar masuk kelas sambil buat spot check.. dah habis semua masuk kelas barulah tiba giliranku untuk masuk ke kelas.. Tamat waktu sekolah, bila semua orang habis keluar sekolah barulah dapat balik.. Beginilah kehidupan seorang pengawas sekolah.. *cubalah bayangkan!

Walaupun kehidupanku di sekolah tidak semeriah mana dek kerana hambatan tanggungjawab dan tuntutan untuk menjadi pelajar yang baik namun saat detik ketika itu diakui memang dirindui ketika ini.. *baiklah sangat.. haha.. tapi rasanya memang baik.. kalau tak percaya tanya cikgu saya.. ;p

Memang rindu-rindu gila rasanya sampai termimpi-mimpi.. Mimpi pakai baju sekolah.. Mimpikan cikgu.. Mimpi kawan-kawan kelas.. Mimpi yang telah meninggalkan kesan rasa rinduku kepada alam persekolahan.. *rasa macam di alam realiti.. Rupa-rupanya hanyalah fantasi..

Mimpi pakai baju sekolah.. Rindu detik itu!
> Sungguh kita kena hargai setiap detik yang kita lalui.. Mengapa??.. Kerana masa yang telah berlalu tidak dapat diundur kembali.. Bak kata laoshi (cikgu Mandarin saya): "Treasure every single moment when we are together".. I agree!
                                                     *******************************************

Ini alkisah seorang guru bersama pelajarnya yang kurang makan asam.. haha..

Apalah nasib cikgu dapat pelajar macam ni.. walau apa pun yang penting pelajar itu respon balik pada soalan yang cikgu dia bagi.. *kira boleh la.. daripada dapat pelajar yang senyap memanjang.. rasa macam cakap dengan tunggul kayu sudah.. Lihatlah karenah pelajar-pelajar ni.. boleh sakit jantung cikgu dibuatnya!

DAYA.. Rasanya kelas fizik ni.. Sungguh kreatif pelajar-pelajar kelas ni!
* Teringat masa sekolah dulu ada seorang cikgu kata : jangan jadi cikgu.. nanti boleh kena sakit jantung!

Apa-apa pun respect kepada siapa-siapa yang terlibat dengan profesyen perguruan.. Harap-harap dapat anak murid yang baik-baik semua.. Kalau kurang baik pun apa salahnya,  salah satu tanggungjawab seorang guru adalah mendidik.. So, try the best and do the best for your student ya!

3 comments:

DentroLeggerai said...

agree

Faridah @ OYM said...

Ok..thumbs up =)

M@SHie M@RO said...

saya pun sangat merindukan zaman persekolahan, byk kenangan manis dan pahit yang tidak dpt dilupakan, lebih2 lagi masa sekolah rendah, huhuhuhuhuhuhu...