Welcome To Neutral Nature

Friday, December 2, 2011

Terus Melangkah


Ya Allah, biarkanlah aku terus melangkah bersama redha-Mu
Ku mohon kurniakanlah aku kekuatan dalam menyelusuri jalan-Mu
Istiqamahkan hatiku dalam menggapai cinta-Mu
Agar aku tetap gagah mengharungi ujian-Mu..
Semoga juga diri ini terus berada dalam keredhaan-Mu..

Ku harap hati ini akan sentiasa bersyukur dengan ketentuan-Mu
Sehinggakan kekecewaan mampu menjadi suatu ketenangan buatku
Terima kasih Ya Allah kerana tetap menjaga hatiku..
Hati hamba-Mu yang lemah ini Ya Allah..
Yang adakalanya ia merintih hiba tidak terhingga
Namun ku tahu Ya Allah..
Engkau tidak akan membiarkan aku terus terluka..

Alhamdulillah...

Friday, November 18, 2011

Kisah Pelangi Saya

Assalamualaikum..
Salam sejahtera to all..
harap semua sihat hendaknya..yang mana kurang sihat jangan lupa makan ubat ye..jangan lupa rehat secukupnya. Yang mana still tension sebab assigment yang tak habis-habis lagi, nampak gayanya kita kenalah berkorban sedikit..nanti bila dah settle semua, Insya-Allah boleh rehat..

OK! berbalik pada kisah pelangi saya, rasanya dah lama OYM tak nampak pelangi.. mungkin ada tetapi tidak berpeluang.. Syukur petang semalam, selepas hujan yang lebat mencurah ke bumi beserta kilat guruhnya juga, tak sangka rupanya OYM masih lagi berpeluang melihat ciptaanNya yang indah ini..

Subhanallah.. terkesima seketika OYM dibuatnya..Ya Allah,tersangatlah indah.. Oleh kerana OYM yang tersangatlah excited nak tengok pelangi setelah sekian lama mengidam.. OYM sempat snap beberapa gambar>>seperti berikut:

Hujan baru sahaja berhenti..setelah itu menjelmalah ia, sang pelangi yang indah..wow!

Gambar yang ini OYM zoom bagi dekat lagi..nampak tak pelangi tu? cantik kan..

Kemunculan pelangi ini membuatkan OYM teringat kata-kata yang OYM ada letak kat side bar :

Kadangkala Allah hilangkan mentari..Kemudian DIA datangkan guruh..Puas kita menangis..Mencari mana pelangi kita..Rupa-rupanya Allah hendak hadiahkan kita pelangi yang indah..

Subhanallah..

Masihkah ada peluang buat diri ini menikmati keindahannya di lain ketika? Insya-Allah,siapa sangka kan.. Dalam kisah pelangi ni, ia boleh dijadikan perumpamaan dalam kehidupan kita>> Walau apapun yang terjadi pasti punya hikmahnya dan ia sudah pastinya ketentuan dari-Nya.. Tabahkan hati, kuatkan semangat.. Semoga kita tidak akan mudah menyerah kalah dalam mengharungi kehidupan ini.

>>Begitulah ceritanya dengan kisah pelangi saya.. Sekian,wassalam.

Sunday, November 13, 2011

Di Suatu Petang..


Ku lihat langitMu yang luas bersatu
Ku lihat awanMu berarak dihembus bayu
Dengan tidak semena hatiku menjadi sayu
Titisan jernih kini mula bertapak di pipiku

Sayu..
Sungguh sayu detik itu
Hatiku bagaikan runtuh seketika
Bagai dilanda ombak yang deras
Ku sendiri tidak tahu mengapa

Ku lihat langit
Ku renung awan
Kini ku mengerti akan kehidupan
Sukarnya diteruskan tanpa kekuatan
Lalu air mataku jatuh lagi tiada tertahan

Damainya langitMu yang biru
Sucinya awanMu seputih salju
Memberi ku rasa yang sukar diungkapkan
Hanya hatiku yang bersuara
Namun fikiranku entah ke mana

Kini ku masih lagi menatap langitMu
Mencari punca rasa yang bertamu
Puncanya kini sudah ku temu
Ku berserah hanya padaMu..


>>Tiada daya bagiku melainkan dengan kekuatan yang dikurniakan oleh-Mu Ya Rabb..


Sunday, October 16, 2011

Cerminan Diri



Di hadapan sekeping cermin yang menjadi bayangan

Berdirinya seorang insan menatap wajah yang kedinginan              
Sedingin embun yang membasahi bumi hijau di pagi hari
Jiwanya yang sukar mengerti dan sering jua disalah erti
Lalu ia menjauh dan pergi bukan kerana benci
Hanya berharap akan hadirnya sinar yang abadi..


Di saat cermin retak bersama kelukaan
Tersentak di pertengahan lamunan
Lenyap igauan yang menjadi impian
Terhakisnya kenangan yang menjadi ingatan
Biarkan ia berlalu melewati waktu
Segalanya pasti akan berakhir padaMu..

Mohonlah apa yang terbaik buat kita selain hanya memohon apa yang dikehendaki kerana apa yang dikehendaki belum tentu yang terbaik buat kita. Yakinlah kepadaNya yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Sunday, October 2, 2011

~Hanya Tuhan Yang Tahu~

Di suatu saat, ketika, dan waktu
Kamu cuba untuk meluahkan
Namun tidak didengari
Kamu minta untuk difahami
Yang ada hanyalah pandangan sinis
Kamu harap dimengerti
Sebaliknya kamu disalah erti

Lalu kamu terdiam
Wajahmu menjadi muram
Suasana kini semakin suram
Hati merasa kecewa yang amat dalam
Mungkin tiada siapa yang faham

Kamu lupa,
Tuhan itu sentiasa melihat kamu
Sentiasa menjaga dirimu
Sentiasa mengetahui keadaanmu
Sentiasa memahami kamu
Bahkan Dia sentiasa bersedia mendengar rintihanmu

Setiap apa yang kamu lalui..
Setiap apa yang kamu rasakan..
Setiap apa yang kamu lakukan..
Setiap apa yang kamu bicarakan..
Setiap apa yang kamu sesali..
Setiap apa yang kamu tangisi..
Lebih mengerti apa yang tersembunyi di hati..


Terlalu banyak berharap pada yang tidak sepatutnya

Mengundang kedukaan yang tiada ertinya
Tetapi seandainya kamu benar berharap padaNya
Kamu tidak akan dikecewakan atau merasa kecewa..

InsyaAllah..


Kamu tidakkan pernah bersendirian kerana Dia sentiasa bersamamu..ucapkanlah:
 “Hasbunallah wa ni’mal wakil”
Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.

Kerana itu , ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu…
(Al-Baqarah: 152)

Segetir apapun yang dilalui, sepahit apapun yang dirasai, sesukar apapun yang ditempuhi ingatlah kepadaNya yang sentiasa berada di sisi..sedia menjadi penemanmu walau dalam apa jua keadaan..ingatlah Dia takkan pernah meninggalkanmu malah Dia akan lebih dekat kepadamu andai itu yang kamu impikan..KasihNya..RinduNya..buatmu andai itu yang kamu dambakan.. InsyaAllah.
-Mudah-mudahan segalanya baik-baik sahaja-
-Hanya Tuhan yang Tahu-