Welcome To Neutral Nature

Sunday, June 17, 2012

Mana Satu Pilihanmu..

Hatiku membisikkan sesuatu
Akalku membuat perhitungan
Antara kemahuan hati..
Atau lakaran fikiran..

Sedang ku berkira-kira
Iman datang menyapa
Hatimu atau fikiranmu?
Yang mana satu pilihanmu..

Jika ku pilih hatiku
boleh jadi ia cuma nafsu duniawi
Jika ku pilih fikiranku
boleh jadi ia cuma sebuah ilusi

Wahai imanku,
Diriku masih dalam dilema
Apa perlu ku mengikut kata hati
demi mengejar kebahagiaan diri
Atau..
Perlukah aku menurut fikiranku
agar hanya yang indah memenuhi hariku

Apa kau yakin dengan mengikut kata hatimu,
bahagia itu ada di dalam genggamanmu?
Apa kau yakin dengan menurut fikiranmu,
yang indah itu akan tercipta di setiap harimu?
Sungguh iman..
Persoalanmu itu membuatkan hatiku kembali pada yang lebih berhak
Persoalanmu itu menjadikan fikiranku terbuka pada hakikat yang sebenar

Yang mana satu pilihanku?
Ternyata aku memilihmu iman..
Kerana kau menjadi tunjang bagi hatiku jua akalku
Menuju cinta yang sejati dan abadi..


2 comments:

hydrogenbond said...

Sahabatku, jika diikutkan hati badan binasa jika diikutkan akal hati sengsra....yg terbaik istikharahlah...Allah tahu apa yg terbaik untuk kita..=)

Faridah @ OYM said...

benar bicaramu itu wahai sahabat.. pernah suatu masa kita merasakan sesuatu itu adalah yang terbaik buat kita..namun saban hari ia semakin jauh meninggalkan kita..di ketika itu kita sedar bahawa hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik buat kita..
Allah lebih mengenali diri kita berbanding diri kita sendiri..mudah-mudahan yang terbaik buat kita dari-Nya.. =)