Welcome To Neutral Nature

Friday, July 29, 2011

-Maafkanlah-


Bukan kuasa kita untuk menghukum
Bukan kuasa kita untuk menentukan
Bukan kuasa kita untuk membenci
Bukan kuasa kita untuk menyakiti
Kerana kita ini manusia biasa
Seorang hambaNya yang tiada sempurnanya

Seharusnya kita memberi peluang dan ruang
Seharusnya kita sentiasa menginsafi diri
Seharusnya kita saling menyayangi
Kerana kita di bawah satu rumpun yang sama
HambaNya yang hanya meminta
Sentiasa bergantung padaNya


.....maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertaqwa. (An-Najm: 32)


Kita sentiasa mengharapkan yang sempurna sedangkan belum tentu diri kita sendiri sempurna.. Kita sentiasa menginginkan yang sempurna sedangkan kita sendiri sedar tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Penciptanya Yang Maha Esa.. sebagaimana kata seorang ahli ilmu balaghah: "...sesungguhnya engkau selamanya tidak akan mendapatkan teman yang bersih tanpa kelemahan dan tidak pernah pula melakukan kesalahan. Oleh kerana itu, cerminlah pada dirimu sendiri sesudahnya; pertimbangkanlah dia dengan pandangan yang objektif; dan janganlah kamu menilainya dengan pandangan seenakmu..."


.....maka maafkanlah (mereka) dengan cara yang baik.
(Al-Hijr: 85)
*menurut Ali bin Abi Thalib maksud dari ayat di atas adalah redha tanpa mencela.

Setiap manusia itu pasti ada kelemahannya termasuklah diri  OYM sendiri.. ingatan dari OYM jangan hanya memandang kelemahan orang lain sedangkan diri sendiri juga turut tidak terlepas dari kelemahan tersebut umpama 'kuman yang beribu batu jauhnya tampak di mata, gajah yang hanya sejengkal tidak kelihatan' (ada ke perumpamaan ni, OYM pun tak pasti..tapi faham kan). Selalu orang akan sebut "kenapalah dia macam ni..kenapalah dia buat macam tu.." Pernahkah kita terfikir "patutkah aku begini.. patutkah aku begitu"..dalam erti kata yang lain renungi kelemahan  diri kita sendiri dan jangan hanya mencari kesalahan dan kelemahan orang lain. Pernahkah kita terfikir bagaimana jiwa mereka? Jawapannya tanyalah jiwa kita sendiri..


>> Saling maaf memaafkan adalah keperluan dalam kehidupan selagi diri bergelar manusia.. jangan menjadi 'orang yang kedekut' apabila maaf dipinta sedangkan dirinya sendiri suatu ketika pasti akan menagih kemaafan jua kerana seorang hambaNya pasti punya kekurangannya dan jangan pula menjadi 'orang yang angkuh' untuk memohon kemaafan kerana merasakan dirinya seorang yang mulia. Wallahu'alam.


>> OYM ucapkan selamat maaf memaafkan.. dalam erti kata lain 0-0 la ye.. lagipun tak lama lagi kita bakal menyambut ketibaan Ramadhan dan sementelahan itu Syawal pula bakal menjelma (yang penting puasa dulu, jangan asyik ingat nak raya je..).


Salam Ramadhan.. peace no war ok! so, 0-0
Untuk itu, jangan lupa memaafkan & minta maaf dari OYM ye..haha =p
Terima kasih OYM ucapkan atas segalanya.. (^_^)


3 comments:

Kechik Itu Comel said...

setuju dgn entry ni...=)\thanks atas perkongsian ni..

miss.shasha said...

ayat yang kat beginning tuh bestlah !

Faridah @ OYM said...

Nour Akmal>>sama-sama..smoga kita dapat memelihara hubungan yang baik sesama manusia..=)

miss.shasha>>yeke effa..thanks..hehe =)
bukan sekadar ayat tapi juga merupakan pringatan buat diri yang lemah ini..moga segalanya baik2 saja.. =)