Welcome To Neutral Nature

Monday, May 9, 2011

Di Sebalik Pengakhiran

Dihujani dengan pelbagai dugaan dan ujian..
Terpaksa menangguhkan saat yang dinantikan..
Bersendirian menempuh perjalanan..
Perjalanan yang diiringi terik mentari..
Bersama sepasang tapak kaki..


Telah aku gagahkan diri meniti suratan takdir ini
Telah aku kuatkan hati menghadapinya sendirian kini

Sering aku berbisik bahawa setiap ujian yang datang daripada-Mu adalah tanda sayang pada hamba-Mu ini.. Sejauh mana kesabaran ini dalam menghadapinya itulah kata kunci..

Namun tidak ku sangka akhirnya titisan jernih jua yang mengalir lesu di pipi.. Menjadi bukti sesungguhnya aku seorang insan yang lemah mengharapkan belas kasihan-Mu ya Illahi..

Tidak pernah ku kesal atas apa yang menimpa
Malah ku terima dengan hati terbuka
Cuma ada ketikanya dugaan-Mu ini meruntun jiwa
Hingga aku tiada berdaya

*Benar sesungguhnya tiada daya bagiku melainkan dengan kekuatan yang dikurniakan-Mu
Ku yakin mampu menghadapinya dengan keizinan-Mu..Insya-Allah

-Di saat mereka bersama keluarga tercinta.. aku masih di sini.. apa daya bagiku mungkin sudah suratan takdir buat diri ini-

2 comments:

hydrogenbond said...

kuatkan semangat..segala yg berlaku ada hikmah nya..=)

Faridah @ OYM said...

rasa byk halangan utk selesaikan semuanya..aku kena berusaha lbih nmpknya..tak semudah yg aku sangka..