Di hadapan sekeping cermin yang menjadi bayangan
Berdirinya seorang insan menatap wajah yang kedinginan
Sedingin embun yang membasahi bumi hijau di pagi hari
Jiwanya yang sukar mengerti dan sering jua disalah erti
Lalu ia menjauh dan pergi bukan kerana benci
Hanya berharap akan hadirnya sinar yang abadi..
Di saat cermin retak bersama kelukaan
Tersentak di pertengahan lamunan
Lenyap igauan yang menjadi impian
Terhakisnya kenangan yang menjadi ingatan
Biarkan ia berlalu melewati waktu
Segalanya pasti akan berakhir padaMu..
Mohonlah apa yang terbaik buat kita selain hanya memohon apa yang dikehendaki kerana apa yang dikehendaki belum tentu yang terbaik buat kita. Yakinlah kepadaNya yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.
No comments:
Post a Comment