Welcome To Neutral Nature

Sunday, October 16, 2011

Cerminan Diri



Di hadapan sekeping cermin yang menjadi bayangan

Berdirinya seorang insan menatap wajah yang kedinginan              
Sedingin embun yang membasahi bumi hijau di pagi hari
Jiwanya yang sukar mengerti dan sering jua disalah erti
Lalu ia menjauh dan pergi bukan kerana benci
Hanya berharap akan hadirnya sinar yang abadi..


Di saat cermin retak bersama kelukaan
Tersentak di pertengahan lamunan
Lenyap igauan yang menjadi impian
Terhakisnya kenangan yang menjadi ingatan
Biarkan ia berlalu melewati waktu
Segalanya pasti akan berakhir padaMu..

Mohonlah apa yang terbaik buat kita selain hanya memohon apa yang dikehendaki kerana apa yang dikehendaki belum tentu yang terbaik buat kita. Yakinlah kepadaNya yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Sunday, October 2, 2011

~Hanya Tuhan Yang Tahu~

Di suatu saat, ketika, dan waktu
Kamu cuba untuk meluahkan
Namun tidak didengari
Kamu minta untuk difahami
Yang ada hanyalah pandangan sinis
Kamu harap dimengerti
Sebaliknya kamu disalah erti

Lalu kamu terdiam
Wajahmu menjadi muram
Suasana kini semakin suram
Hati merasa kecewa yang amat dalam
Mungkin tiada siapa yang faham

Kamu lupa,
Tuhan itu sentiasa melihat kamu
Sentiasa menjaga dirimu
Sentiasa mengetahui keadaanmu
Sentiasa memahami kamu
Bahkan Dia sentiasa bersedia mendengar rintihanmu

Setiap apa yang kamu lalui..
Setiap apa yang kamu rasakan..
Setiap apa yang kamu lakukan..
Setiap apa yang kamu bicarakan..
Setiap apa yang kamu sesali..
Setiap apa yang kamu tangisi..
Lebih mengerti apa yang tersembunyi di hati..


Terlalu banyak berharap pada yang tidak sepatutnya

Mengundang kedukaan yang tiada ertinya
Tetapi seandainya kamu benar berharap padaNya
Kamu tidak akan dikecewakan atau merasa kecewa..

InsyaAllah..


Kamu tidakkan pernah bersendirian kerana Dia sentiasa bersamamu..ucapkanlah:
 “Hasbunallah wa ni’mal wakil”
Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.

Kerana itu , ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu…
(Al-Baqarah: 152)

Segetir apapun yang dilalui, sepahit apapun yang dirasai, sesukar apapun yang ditempuhi ingatlah kepadaNya yang sentiasa berada di sisi..sedia menjadi penemanmu walau dalam apa jua keadaan..ingatlah Dia takkan pernah meninggalkanmu malah Dia akan lebih dekat kepadamu andai itu yang kamu impikan..KasihNya..RinduNya..buatmu andai itu yang kamu dambakan.. InsyaAllah.
-Mudah-mudahan segalanya baik-baik sahaja-
-Hanya Tuhan yang Tahu-