Sabar.. Sabar.. Sewaktu darah memuncak, kesabaran menghilang.. Dimanakah tercampaknya kesabaran itu.. Sedarkah kita sewaktu itu??.. Jika diturutkan api kemarahan rasanya tahap kesedaran yang ada amat nipis senipis kulit bawang la katakan.. Sememangnya marah adalah perasaan yang sedia ada di dalam diri ini.. Namun patutkah kita memberi laluan kepadanya untuk terus bertakhta di sanubari ini..
![]() |
Jangan engkau mudah marah |
Perasaan marah menular ke dalam diri tanpa segan silu..
Begitu mudah ia hadir tetapi mengapa ia sukar untuk pergi..
Mungkin kerana diri ini yang sukar untuk melepaskannya..
Mungkin juga kerana had kesabaran yang terbatas..
Betapa lemahnya diri ini..
Kawallah ia selagi mampu dikawal.. Bendunglah perasaan itu sebelum ia menjadi semakin parah.. Ikutkan rasa binasa, ikutkan hati mati..
Sememangnya terlalu menurut kata hati boleh membawa padah (berdasarkan pengalaman sendiri).
-Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar-
*Bukan sekadar kata-kata malah sebagai satu peringatan kepada diriku sendiri yang sememangnya lemah dan tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan..
3 comments:
Great blog you have there. Thanks for following my blog. Lets cherish bloggers of Malaysia!
Go go go! yeay~
"Solat itu cahaya, sedekah itu keterangan, sabar itu sinar, dab Al quran itu hujjah bagi engkau"
budak hort:thanks 4 de comment =)
pakcik:thanks 4 de reminder =)
Post a Comment